Thursday, November 12, 2009
ALaHai suNyiNyeeee...
Sok lusa cuti ujung minggu..alahai sunyinya terasa..apa ler dapat aku buat sorang2...berguling- guling jer la...tdo..bangun..makan..tgk tv...hukhukhuk...nasib baik ada gak 'teman' kat dalam puyut ni...leh gurau2 gak....ahaks...
Sunday, November 8, 2009
Allah Maha Besar
Ya Allah..takutnya..menggeletar kepala lutut aku bila tadi aku tengok org bersalin kat labour room..ada yang menjerit2 kesakitan..ada yang rilex..tapi aku pasti mesti semuanya rasa sakit..Nikmat kesakitan bersalin yang Allah kurniakan kepada kaum wanita untuk dijadikan pengajaran dan keinsafan pada kaum lelaki yang bergelar suami..
Takutnya aku untuk bergelar ibu...walaupun rasa teruja untuk memeluk anak sendiri..mudah- mudahan Allah permudahkan proses kelahiran cahayamata- cahaya mata ku nanti..InsyaAllah..
Ku mohon ampun dari abang, emak, ayah dan semua...gerun pula bila memikirkan saat melahirkan bagaikan nyawa di hujung tanduk..doakan aku dan bayiku selamat..
Ya Allah..Engkau Maha Besar..berilah bayiku peluang untuk mereguk nikmat bernafas di bumi yang fana ini..dan berilah aku peluang untuk menjadi seorang ibu mithali...amin..
Tuesday, October 27, 2009
aPSaL TaK Kuar EnTrY Ku niii???
pelik..await entry yg ku antar pas 11 Oktober tak appear pon...fenin sungguh..testing jer nih..
Monday, October 26, 2009
NaPe MaLaS SaNgaT Ni...
Thursday, October 22, 2009
HePi ANNiVeRSaRy
MeNGaPa Kau MeNyiNTaiKu?
Mengapa kau Menyintaiku
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati."

Monday, October 19, 2009
Al Fatihah
19 Oktober 2008, setahun telah berlalu arwah sahabat baikku Noor Azlina Dato' Jamil telah kembali ke rahmatullah..Al Fatihah buat arwah..masih terngiang- ngiang lagi di cuping telingaku kata- kata suaminya Zul, bahawa arwah adalah isteri yang solehah dan beliau redha di atas pemergian itu..wajahnya di saat2 menghembus nafas terakhir begitu tenang kata Zul..
kematian tidak pernah mengenal usia, tua atau muda..kita seringkali takut untuk menghadapi kematian..namun ia tetap datang..cuma tidak tahu bila masanya...
Sejak akhir- akhir ini banyak bencana yang Allah timpakan...gempa bumi, ribut taufan, banjir dan sebagainya..banyak nyawa yang menjadi korban..begitu juga bencana berbentuk penyakit..penularan wabak H1N1 yang mengorbankan banyak nyawa..
Kita yang masih diberi ruang untuk bernafas ini sewajarnya mensyukuri nikmat nyawa yang Allah berikan..bersyukur dengan apa yang dikurniakan pada kita..tetapi kita sering lupa kan ?....
Thursday, October 15, 2009
CiNTa SeSaMa MaNuSia...
entry kali ini ku ingin berkongsi tentang CINTA...cinta yang hadir dalam hati kita...setiap manusia ingin dicintai dan mencintai...ada orang berkali- kali jatuh cinta..dan ada orang cuma sekali..dan yang sekali itulah dibawa ke mati...
Ermmm..mana lebih baik, adakah berkali- kali jatuh cinta atau sekali sahaja..?Bagiku ada pro n kontra nya..
Bila sesekali difikirkan, bagus juga berkali- kali jatuh cinta dan berkali- kali dicintai..sekurang- kurangnya kita tau yg mana MR or MRs Right..tetapi kedengarannya agak murah kan...tetapi orang sebegini jenis yang mudah terima kenyataan bila kehilangan seseorang yang dicintai..akur pada ketentuan..orang yang dicintai cuma dipinjamkan sekejap cuma..
Jika cuma sekali bercinta dan cinta itulah yang dibawa ke mati..apa akan jadi?ermmmm..mungkin ada yang sesetia begini...namun bahagiakah begitu? Bukankan hidup ini sekejap cuma? Hidup yang sekejap ini perlu diisi dengan kebahagiaan...adakah bercinta itu bahagia? Kadang- kadang tidak juga kan...
Bagi diriku..aku menemui CINTA ini setelah bergelar isteri..abang selalu tanya knapa terima dia sebagai suami? I HAVE NO ANSWER...NEVER!! Aku tak punya jawapan untuk soalan itu..yang pasti aku menyayanginya tanpa perlu ada sebab..dia bukanlah lelaki impian yang wujud dalam mindaku sejak remaja tetapi itulah dia lelaki yang ku rindui..Aku sendiri tidak tahu mengapa hati ini sering kali merajuk jika diri rasa diabaikan...tetapi hatiku cepat2 terpujuk sendiri...aku tidak mahu kehilangan dia...
Kalau ditanya padaku..adakah suamiku CINTA PERTAMA? YES, itu jawapanku..biarlah orang kata aku berdusta..memang..ada lelaki lain yang pernah hadir dalam hidupku..tetapi aku yakin itu bukan cinta..mungkin cuma mainan perasaan...
Seseorang yang pernah hadir dalam diari hidupku...slalu mengutus kata rindu..tapi ku tahu itu cuma omongan kosong semata..masakan sudah punya isteri yang jauh lebih baik n punya anak yang comel masih merindui aku yang juga sudah punya suami...aku tahu dia berdusta tetapi untuk apa? Barangkali memang sifat lelaki sepertinya sebegitu..mudah- mudahan Allah jauhkan aku daripada segala kecelaruan cinta..aku tidak mahu menempah neraka dek kenikmatan cinta buta..biarlah cintaku dan suami berakhir hingga ke syurga..doakan kami..
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab –
Sunday, October 11, 2009
SaKiT Ke beRSaLIN ???
Hmmm...untuk menjadi seorang ibu perlu melalui saat2 manis mengandung dulu..kena tempuhi trimester pertama, kedua n ketiga..bila dah sampai trimester ketiga, hati mula berdebar2 kan...tapi dlm masa yg sama sangat teruja..n yang paling tak leh di elakkan..perasaan takut..betul tak? Bagi sahabat2 sahabat yang sudah bergelar ibu, nak tanya sket..sakit sangat ke bersalin? hehehheehe...saje tanya..nak tau la ugak kan..
Thursday, October 8, 2009
PeLiK TaPi BeNaR...
Hmmm...aku rasa tersangat pelik lak..selepas aku post artikel tajuk Ketiak Oh Ketiak..banyak lak emel yg aku time dari sape2 ntah pasal ketiak nih...rasanya dorang yg post emel tu tak tau pon pasal kewujudan blog aku nih..ni blog utk kengkawan jek...hmm upe2nya...betul la tu bau ketiak suami leh ilangkan tension..kakakkaka...banggala suami2 di luar sana...maka tak heranla Dato' Dr Fadzilah kamsah pn pernah bgtau suami kena peluk isteri n cium isteri tiap2 ari sekurang2nya 7 kali( kalo aku tak salah ingatan la)...
contoh emel yg aku dapat..
[kelakarnyer] {balasan} Kajian: Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
...
Thursday, 8 October 2009 1:29:23
From:
mude_ nasarudenu [Chat now]
...
patut bini aku suka kalo tido celah ketiak aku... terutama kalo lengan aku jadi bantal dia.. sampai kebas lengan lengan aku dibuatnya..
<>
<< http://bengang. naza-biz. info >>
<< http://mykoleksi. rileks.info >>
From: Shima Ismail
To: kelakarnyer@ yahoogroups. com
Sent: Tuesday, 6 October 2009 2:00:09
Subject: [kelakarnyer] {balasan} Kajian: Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
Salam....
Memang ada kebenarannya kot..... Nak cerita sikit, ini pengalaman saya sendiri. Jika saya nak tido mesti bebantalkan lengan suami....pasti ada aroma ketiak dia yang tersendiri.. . Bagi saya jika tak dapat buat macam tu susah nak lelapkan mata dan tenangkan fikiran. Ermmm! memang betul tau...Tapi bagi orang lain tak tau lah... Cubalah!..Tapi mesti ingat! pastikan suami memakai deodarant setiap kali selepas mandi...bukan apa takut sesak nafas pulak jika tak biasa... hehehe...
Salam...dan selamat mencuba...
--- On Sun, 30/8/09, HiTaM wrote:
From: HiTaM
Subject: [kelakarnyer] Kajian: Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
To:
Date: Sunday, 30 August, 2009, 6:32 PM
Petua Rumah Tangga
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…
So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story…. So kalau isteri dok tention tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….
Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……..
contoh emel yg aku dapat..
[kelakarnyer] {balasan} Kajian: Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
...
Thursday, 8 October 2009 1:29:23
From:
mude_ nasarudenu
...
patut bini aku suka kalo tido celah ketiak aku... terutama kalo lengan aku jadi bantal dia.. sampai kebas lengan lengan aku dibuatnya..
<
<< http://bengang. naza-biz. info >>
<< http://mykoleksi. rileks.info >>
From: Shima Ismail
To: kelakarnyer@ yahoogroups. com
Sent: Tuesday, 6 October 2009 2:00:09
Subject: [kelakarnyer] {balasan} Kajian: Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
Salam....
Memang ada kebenarannya kot..... Nak cerita sikit, ini pengalaman saya sendiri. Jika saya nak tido mesti bebantalkan lengan suami....pasti ada aroma ketiak dia yang tersendiri.. . Bagi saya jika tak dapat buat macam tu susah nak lelapkan mata dan tenangkan fikiran. Ermmm! memang betul tau...Tapi bagi orang lain tak tau lah... Cubalah!..Tapi mesti ingat! pastikan suami memakai deodarant setiap kali selepas mandi...bukan apa takut sesak nafas pulak jika tak biasa... hehehe...
Salam...dan selamat mencuba...
--- On Sun, 30/8/09, HiTaM
From: HiTaM
Subject: [kelakarnyer] Kajian: Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?
To:
Date: Sunday, 30 August, 2009, 6:32 PM
Petua Rumah Tangga
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…
So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story…. So kalau isteri dok tention tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….
Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……..
Friday, October 2, 2009
JuMaat iNi..
Selamat hari Jumaat untuk semua sahabat...
hari ini aku merelakan diri untuk datang bekerja walaupun cuti hujung minggu..almaklum awal bulan..banyak keje perlu disettlekan...
lagi pon..takde yg menghalang..anak lom kuar..suami pn jauh..dok umah pon boring gak...asyik tido baring..tgk tv jer..so dtg opis ni sementara generate sistem...leh la aku post cite sket..hehhehehhe..

Monday, September 28, 2009
BekoJo La KiTo..
Mari keje smula...mood raya masih ada tp tgjwb pd keje mst ditunaikan..masuk je opis..talipon tak bereti berbunyi..fuhhhh..lakunyaaaa...so layan jer laaa..
alamak.. meeting HIS dah dekat..minit lom semak ag..tmbh pulak dh nak setat awal bulan sploh..musim bz beb..
ermmmm..abg dah balik jengka..mggu dpn satu ag nun br dpt balik sini..uwaaaaaaa...ni stress nih...huahuahua...kalo keje byk..nak la abg ada sblah..tp takpe..cuti skolah ujung tahun ni..abg leh teman aku..hehehheehehe..

Saturday, September 19, 2009
EiDuL FiTRi..
Salam eidul fitri buat sahabat2 yang dirahmati Allah...mudah2an kita mndpat maghfirah dlm kesyukuran syawal ini.Maaf zahir batin.. tahun ni first time beraya kt umah mentua..hehehe..sian k long br blik dr perak terus kn kemas umah smpai malam..kurus la kakak aku tu nnt..kikiki..biasanya bab kemas mengemas ni bahagian aku..k long bab2 masak bg dia...
Dah kawin ni kn la gilir2 beraya..tahun dpn turn umah ayah aku lak...mst abg sopan santun gitu...kikikiki..dok cerok dinding...
Lom ag raya anak2 buah tny nk bg bape duit raya..aku bgtau tak sampai 5 inggit terus diorang kutuk kedekut.cesssss..aku dulu nk dpt singgit pn susah ms zaman kecik2..ramai bg 5 posen je tau..

Wednesday, September 16, 2009
HePi BeSDaY To Me..
Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiranku yang ke 29...alamak dah tua rupanya...ermmm..moga2 dlm usia sematang ini aku akan lebih maju dan berjaya dlm kehidupanku...tp.. aku rasa tak cukup matang lagi kot..ada lagi perangai ' budak- budak' tu...hehehhehe...
Tapi sedih...aku rela tahan ngantuk sampai jam 12 malam nak tunggu abg wish..tp kol 5.30 pagi br dia wish..tu pon SMS je..sape tak kecik ati...pastu 6.30 pg td Kak Long ku lak yg ucapkan selamat hari tua..ala ni tak best ni..tak tua lagi laaaa...
Terkilan? yesss sbb line maxis aku no servis..dah la ari ni dpt bonus ulang tahun..panggilan percuma ke nombor2 maxis..tp tak dpt guna lak..adussss...aku pn pelik nape line aku jd gitu erk..mgkin budak yg jumpa hp aku yg tercicir kt Sumai tu main tekan apa2 tak...isyhhhh..frust aku..tp thanks to him/ her sbb pulangkan hp aku..
Hmmm apalagi erk..hari ni aku nk tggu n lihat sape kengkawan aku yg masih ingat kat aku..
Tuesday, September 15, 2009
Hmmmmm...
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

Monday, September 14, 2009
RaYa Dah DeKaT...
Tahun ni aku tak buat persiapan raya sangat...maklumlah tak dapat bonus..heheheheh..baju raya pon tak beli...takut tak muat kang..pakai baju 'bulat- bulat' je la nnti..abg pon tak beli baju melayu baru..teman aku la tu..
Duit raya? bajet duit raya tahun ni terpaksa dikurangkan..utk mak, ayah n mentua bagi sikit sorang je lah..ala mak n ayah kan dapat duit hadiah drpd tok najib kan...kira oklah tu RM 500 ponnn..so utk anak2 sedara pon terpaksa gak dikurangkan singgit dua..hehehehe..
Bukannya aku kedekut..tapi tahun ni banyak sangat nak pakai duit..almaklumla dah beli keta..dah kena bayar umah sewa sdiri..beli perkakas umah lagi...nak kena buat persiapan sambut yang tersayang lagi..macam2 la..so kena la berjimat cermat..hehehehe..Tahun2 lepas takpela..'Aku kayooo'..maklumla makan pakai tinggal seme free..dok dalam utan sumer org sediakan..

Wednesday, September 9, 2009
KeTiaK oH KeTiaK..
Hari ni nak share pasal bau ketiak...hehehhehe..eeeiiii gelinya bila sebut pasal ketiak kan..mst terbayang2 baunya yg 'asam- asam' gitu...kehkehkeh..
Aku pernah terbaca dalam satu artikel( tak ingat dah dlm majalah mana), bau ketiak suami mampu menghilangkan stress atau tekanan isteri..wau hebatnya..ye ke? kalau ye itulah kuasa Allah kan..tersenyum org laki baca artikel cenggitu kan..
Hmmm..aku pun bgtau kat suami ku..bau ketiak suami leh hilangkan stress isteri..so dia apalagi..amik kesempatan la kenakan aku..tambah2 lagi dia memang tahu aku stress sejak keje sbg pegawai IT ni..pantang kalo aku 'ralit' sket..pasti ketiak dia atas muka aku..tangan aku ni slalu je dikepit kat ketiak dia pastu soh aku cium tangan..cehhhhh..kurang asam la laki aku nih tapi...apa yg aku nak share dgn kengkawan..hmmm aku rasa betul la apa yg artikel tu bgtau..rasa nyaman lak kalo tido beralaskan lengan suami..dekat dgn ketiak dia..mcm best je bau dia..ahaks...jangan mare...kakakakakka..tp aku jarang la sbb dok jauh2 dgn suami.. (tp laki pn kena la make sure ketiak tu tak bau busuk ke masam ke hangit ke itam legam ke)..
Kalo bau ketiak isteri lak tak tau la leh hilangkan stress suami ke tak..eiiiii segan la nak bagi ketiak kat suami..hikhikhik...apa pendapat kengkawan...korang pernah baca tak artikel camtu?
Aku timbulkan isu ni sbb sbnarnya aku tgh stress sgt ari ni...suami lak jauh..tak dak ketiak nak ku cium..wkhawkhawkha...upsssss...over laksss...kpd kengkawan jgn rasa jijik lak y e..chowww dulu..tata..titi titu..(mtk2 abg tak buka blog aku nih)..
Cuba baca artikel ini..
http://www.rahsiaperkahwinan.com/2009/04/bau-ketiak-lelaki-mampu-menjadi-penawar.html
Sunday, September 6, 2009
MenDuNGnYa aRi iNi...
adussss..malas rasanya nak g keje ari ni..ngantuk sangat..tambah2 lagi ujan renyai2 gini..abg best jer siap mengular lagi..mentang2 dia cuti ari ni..
hmmm..keje oo keje..dulu masa lom dapat keje tetap..sebok dok mintak keje sana sinun..tapi bila dapat..kurang semangat lak...isyhhhh memang la aku nih! tak reti bersyukur ke apa!..
Dulu..org kata keje gomen tak sebok..goyag kaki je..hermmm..hampeh..sape kata ha? sejak keje gomen ni la aku rasa mcm tak cukup waktu jer..byk nya benda nak catch up..nak kena blaja byk benda baru lagi..nak kn layan customer lagi..sape kata jd PEGAWAI ni boleh main tunjuk2 je? PEGAWAI la byk tanggungjawabnya...hatta kena taip surat sendiri tau..kertas keje wat sdiri..mcm2 la...tp sonok..tambah pengalaman la katakan..
Kekadang aku terpikir gak betul ke pilihan aku nih..jadi Pegawai Teknologi Maklumat..hmmm padahal aku dah 3 tahun tinggalkan bidang ni..aku dapat gak tawaran KPLI, tp papa xrestu..dia tak mau anak dia ni jadi cikgu macam dia n mama...tapi bila tgk kak long, suami, ipar duai syoknya bercuti time cuti skolah panjang2 tu..eeeeiiii rasa jeles gak...
Anyhowpon..aku kn time hakikat inilah taqdir yg telah ditetapkan utk diriku...aku telah ditetapkan utk keje opis..bukannya jadi pendidik anak bangsa..tak layak kot jadi cikgu..walaupun dalam tempoh tiga tahun sblom ni aku mengasah bakat sbg fasilitator n jurulatih..kira setakat nak cakap kat tmpt awam tu kacang je lah..hehehe..perasan..
Upssss...pada kengkawan yg dpt biasiswa JPA ms study dlu..jgn putus asa apply keje dgn SPA..sbb dia akan kutip balik budak2 dia..caya lah..gud luck ye..
oklah..cowww...dulu..nak samb keje sket...

Tuesday, September 1, 2009
HePi BirthMonth...
Allahumma yathulu 'umrukum wa'uqbalun alfun sanah...Selamat Hari Lahir untuk sahabat- sahabat yang lahir di bulan September ini- Abidah, Suni, Yong, Alang Izmaliza, Ayu, Yati, Mutia, Kak Longku, adikku Chik Budin, abang ipar(Abang Din), kakak ipar( Kak Aida), staf( Shahril juruteknik IT)n sape- sape lah..n paling penting untuk diri sendiri..Hepi BirthMonth for Me..hehehe..Dan Selamat Hari Lahir buat sahabat baikku arwah Noor Azlina Bt Dato' Jamil..kenangan kita bersama tak kan ku lupakan...walaupun hampir setahun dikau telah meninggalkan dunia yang fana ini( 19 Oktober 2008)..Ku doakan agar rohmu dicucuri rahmat di sana...amin..miss u..
Thursday, August 27, 2009
CeRPeN..
DEMI UMMI, MAMA DAN IBU
Aku membelek- belek album gambar di tangan, kenangan bersama Abah, ummi, mama dan ibu tidak pernah hilang dari memoriku. Life is short! Tetapi kehidupanku terasa cukup panjang kerana kenangan- kenangan indah itulah...
Aku tertawa melihat abah kericuan meladeni karenah anak- anak kecilnya. Kalau adik beradik ku semuanya lelaki, pasti Abah sudah menubuhkan Kelab Bola Sepak sendiri. Setiap hari rumahku riuh bagaikan ada kenduri, aku sering kewalahan mendepani teriak tangis dan rengekan adik- adik, sebagai anak sulung menjadi tugasku untuk melayan adik- adik yang berjumlah lima belas orang itu. Itu belum termasuk kewajipanku untuk mengemas rumah banglo berkembar tiga itu lagi. Aku betul- betul lelah, tapi aku gembira begini. Bahagia sekali!
Usiaku kini sudah menjengah ke alam andartu, 32, tapi aku merasakan aku masih lagi muda. Ah usia hanyalah angka! Mungkin aku ni jenis perempuan yang lambat matang kot walaupun dah lama dewasa...dah 20 tahun pun akil baligh..hehehehe..kalaulah aku hidup pada zaman dulu..asal baligh aje akan dikahwinkan, pasti aku sudah punya anak remaja tika ini. Aku tersenyum sendiri dengan khayalan nakalku.
“ Eh Aisyah, kenapa ni senyum sorang- sorang?”
Opocot! Terkejut betul aku. Tidak sedar langsung bila ummi keluar dari dapur. Ummi kehairanan melihatku begitu. Pertanyaan ummi yang agak kuat itu mengundang perhatian abah dan adik- adikku. Alamak, malunya aku! Tergulut- gulut aku mencapai penyapu yang kusandarkan di tepi dinding.
“ Ummi ni..Aisyah kan tengah kemas rumah ni.” Aku cuba mencover perasaan maluku, tidak mahu diketawakan. Tanganku ligat menyapu lantai walaupun sebenarnya langsung tiada sampah di situ, malah habuk pun tak kelihatan. Sebenarnya aku sudah menyapu ruang itu tadi. Ummi menggelengkan- gelengkan kepala melihat keanehan sikapku.
“ Mi, kak long sapu angin tu.. ummi tak tau ke, kak long memang selalu macam tu, tanyalah mama dan ibu kalau ummi tak caya.. ”Adikku Ahmad Irsyad menyampuk. Ceh! Tak sayang mulut betul. Abah dan adik- adikku yang lain ketawa- ketawa. Aku mencebik ke arah adikku itu dan menunjukkan isyarat sepit ketam ku. Enam adik di bawahku kini sedang melanjutkan pelajaran ke universiti. Tiga orang adik perempuanku telah berumahtangga dan tinggal di rumah suami masing- masing. Tinggallah aku bersama lima lagi adikku yang masih bersekolah menengah dan rendah di banglo besar itu.
Fuhh, selamat! Aku kelegaan apabila melihat ummi menapak semula ke arah dapur. Kemudian bunyi riuh pula dari situ. Kuat betul ummi, mama dan ibu bersembang. Aku membawa langkahku ke arah mereka dengan misi nakalku.
Wachaaaaaa!!! Aku pantas menyocok pinggang ibu.
Iyaahhh! Iyahhh! Iyahhh! Wachaaa!!! Ibu melatah, tangannya menepis- nepis macam pesilat handal. Berterabur sayur campur yang sedang dipotong ibu. Aku tidak dapat menahan tawaku melihat aksi ibu. Aku ketawa besar sampai mataku berair. Tapi tiba tiba lengan kanan ku dicubit mama dan pipiku pula dicubit ummi. Kuat!
Aduhhhh! Aku terjerit. Menyeringai kesakitan. Mama dan ummi memang penyepit handal. Dan aku lah pewarisnya!
“ Aisyah..awak tu dah besar panjang..kesian ibu..nakal tak abis- abis..buatnya ibu cedera macam mana...tak baik buat ibu macam tu..nakalnya budak bertuah ni..patut pun tak de orang ndak..” Padan muka aku dileteri mama. Aku tersengih, terkulat-kulat menggosok pipi yang masih terasa perit dicubit ummi. Ummi membantu ibu yang kelelahan, semput kerana jenuh bersilat, hehehe. Aku buat muka sardin lalu berlalu dari situ.
Terasa boring pula tiada kerja yang hendak dibuat. Aku keluar semula ke ruang tamu melihat abah dan adik- adikku. Lalu aku mendapat satu idea bernas untuk mengusik adik lelaki bongsuku, Ahmad Idham yang sedang leka menyusun puzzle. Abah sedang melayan Amna, Arfah dan Izzah yang sedang bermain ‘ SOS’. Aku menggulung kertas A4 sehingga ia menjadi nipis, kemudian secara diam- diam aku menyorok di belakang sofa, berhampiran dengan Ahmad Idham bermain. Ku kuit telinganya perlahan- lahan sehingga dia kegelian. Dia menepis- nepis telinganya. Apabila adikku itu berpaling , cepat- cepat aku menyorok. Aku mengulanginya lagi sehingga puas. Kesian Idham asyik menggaru telinganya. Aku keluar dari tempat persembunyianku dan menerkam Ahmad Idham. Ku gomol pipi montel adikku yang baru berusia lima tahun itu dengan bibirku. Cup! Cup! Cup!
“ Abah, tolongg Am!!!!” Adikku itu meronta- ronta sambil meminta bantuan abah. Aku mengemaskan pelukanku. Semakin kejap. Pipinya ku cium lagi bertalu- talu.
Pap! Abah menepuk pahaku.” Sudah la tu Aisyah, kesian adik tu kamu keronyok”.
Hehehe. Aku melepaskan Ahmad Idham. Dia lari bersembunyi di belakang abah. Giliran aku pula yang keletihan. Papa cuma menggelengkan kepala melihat telatah kami.
“ Apalah kak long ni, ganas kalahkan perogol bersiri !” Aku terbeliak mendengar kata- kata celupar Ahmad Irsyad. Sepit ketam ku terus hinggap di pipinya. Padan muka!
“ Bah, baik abah kawinkan je kak long ni, Irsyad rasa kak long dah tak sabar ni nak ada laki..” Irsyad tidak mahu mengalah, masih cuba menyakitkan hatiku. Memang dasar mulut tak de insurans! Aku menguatkan lagi sepitanku sehingga dia menyeringai kesakitan. Dia terlolong kesakitan, serentak itu ummi, mama dan ibu terkocoh- kocoh keluar ingin melihat kekecohan yang berlaku itu. Sepantas kilat aku melarikan tanganku dari pipi Irsyad. Abah cuma memandang ke arah isteri- isterinya itu, memberi isyarat supaya tidak masuk campur. Abah tahu aku suka bergurau dengan adik- adikku walaupun kami berlainan emak. Abah memang cukup memahamiku. Aku hanya ada dua beradik seibu dan sebapa, anak ummi. Atiqah, adikku yang muda setahun daripadaku itu sudah pun mempunyai tiga cahaya mata. Hanya aku yang masih sendiri!
Abah terkial- kial menegakkan tiang bendera yang semakin senget di laman rumah. Abah memang patriotik! Jalur Gemilang berkibar megah di laman rumah kami, bukan aku tidak mampu menggantikan tiang buluh itu dengan tiang besi, tapi Abah yang tidak mahu. Kata Abah, demi mencari buluh itulah dia rela meredah hutan di utara. Aku lihat memang buluh itu cukup kukuh, tidak reput- reput lagi. Sejak Ogos 15 tahun lepas lagi buluh itu terpacak di situ sedangkan benderanya sendiri akan ditukar saban tahun.
Adik- adikku semuanya ke sekolah. Cuma tinggal aku, ummi, mama dan ibu.
Abah memang degil, ditepisnya tangan aku ketika aku pandai- pandai ingin membantunya. Abah pernah kata kerja- kerja berat hanya kerja lelaki. Lelaki kan berurat dawai bertulang besi. Perempuan ni manusia lemah, urat macam benang, tulang pun macam helaian rambut sahaja. Aku meningkah pendapat Abah. Aku tidak suka Abah berpandangan begitu terhadap kaum aku. Besi pun akan berkarat juga kataku. Tapi rambut kalau dipintal- pintal banyak- banyak sekaligus pun akan kuat juga walaupun sudah menjadi uban. Benang pun begitu, kerana ada benanglah manusia di bumi ini dapat pakai baju. Bayangkan kalau tak ada benang, semua akan telanjang! Eee aku malu sendiri membayanginya.
Abah cuma tersenyum mendengar omelanku. Hujah aku memang betul kata abah. Dan paling aku tidak menduga, Abah kata kerana perempuan macam rambutlah Abah sampai beristeri tiga! Aku terpinga- pinga mendengar kata- kata Abah itu.
“ Kan aisyah sendiri cakap, rambut akan kukuh juga kalau dipintal banyak- banyak sekaligus, kalau sehelai memangla rapuh”. Abah mengulum senyum percuma, bersedekah untuku. Mahu menyakat aku selebihnya.
Aku cuma mengangkat kening. Ah, apa- apa lah Abah! Aku akan kalah setiap kali berlawan hujah dengan Abah. Aku tahu Abah seorang pemikir hebat. Genius! Tapi sayang aku sebagai anak sulungnya tidak mewarisi kelebihan itu. Tetapi aku juga hairan bagaimana Abah boleh memiliki ummi, mama dan ibu sekaligus? Malah ketiga- tiga emakku itu begitu rapik persis adik beradik kandung walaupun mereka asalnya dari keturunan dan warna kulit yang berbeza. Tetapi kini disatukan di bawah bumbung rumah Abah berpaksikan pada agama yang sama . Islam!
“ Itu untungnya kalau kita hidup berpandukan Al- Quran dan As Sunnah.” Itu jawapan Abah apabila aku atau ada orang bertanya bagaimana Abah dapat menjinakkan ketiga- tiga isterinya itu. Hidup rukun damai di bawah satu bumbung. Rumah untuk ummi, mama dan ibu cuma dipisahkan dengan dinding sahaja tetapi dari luar kelihatan seperti satu banglo yang cukup besar. Persis satu bumbung!
Tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas Abah, tergesa- gesa aku membuntuti Ummi yang mahu melangkah ke kamarnya. Malam itu giliran abah di rumah sebelah, rumah mama. Aku terlalu ingin tahu apa rahsia atau petua hidup bermadu, sejak usia gadis sunti lagi aku sering terbaca atau mendengar hanya yang tidak enak sahaja tentang hidup bermadu. Dimomokkan dengan cerita hidup bermadu manisnya cuma untuk suami tapi pahitnya terpaksa diteguk sang isteri.
Ummi tersenyum mendengar pertanyaanku. Tenang- tenang sahaja wajahnya. Aku kalut dengan perasaan ingin tahuku sehingga sedikit mendesak Ummi.
“ Jawapan ummi sama la dengan jawapan Abah..” ujar Ummi ringkas.
“ Ummi bahagia?” Ummi mengangguk. Aku tidak berpuas hati.
“ Ummi tolong pandang mata Aisyah, hmm...dari mata Ummi, Aisyah rasa hati ummi tidak sebahagia seperti yang mulut ummi katakan.” Aku cuma menebak sebenarnya. Aku tidak pernah tahu pun ilmu menujum ni. Aku tidak reti langsung pun untuk membaca hati orang lain. Ummi tersinggung dengan kata- kataku itu. Ummi tidak menyangka sama sekali, aku sebagai anak yang pernah dikandung di dalam rahimnya sendiri , anak yang dilahirkan dengan sejuta kesakitan mencurigai ibunya sendiri. Adussss! Aku kelemasan mendengar ratapan ummi, kerana aku ummi menangis. Justeru menjadi kewajipanku pula membilas tangisannya dengan penawar pujukan. Tidak terniat langsung untuk membuat Ummi terluka. ‘ Setitis sahaja air mata ibu gugur ke bumi kerana keburukan sikap kita, di akhirat esok kita akan dihukum berenang seluas lautan.’ Masih terngiang di cuping telingaku kata- kata Ustazah Widad Muslimah dalam ceramahnya dulu. Tidak! Aku tidak mahu menjadi anak derhaka! Lantas bergulut- gulut aku memohon maaf dari ummi yang esakannya makin reda. Sehingga ummi terlena barulah aku meninggalkan ummi dengan menghadiahkannya sebuah kucupan kasih.
Malam esoknya, aku meneruskan agendaku untuk mengorek rahsia hidup Abah bersama ummi, mama dan ibu. Ku gagahkan kakiku bersaiz 6 ni melangkah ke kamar mama. Bila sahutan mama kedengaran dari dalam biliknya, aku dengan penuh debaran memulas tombol pintu. Aku berdebar sebenarnya. Lebih hebat lagi dari debaran semasa aku dipinang dahulu, tapi sayang tunanganku itu telah bernikah dengan gadis lain seminggu sebelum kami diijab qabulkan sebagai suami isteri. Kuasa Tuhan tak ada siapa yang mampu menghalang. Kedua tanganku ini cuma sebesar zarah untuk menolak taqdir yang bertandang untukku itu. Namun sokongan Abah, ummi, mama, ibu dan adik- adikku akhirnya menjadikan aku wanita berjiwa besi. Akibat keripukkan cinta itulah aku bertukar keperibadianku, menyalin watakku ini menjadi wanita yang gagah bertenaga sedangkan awalnya aku seperti wanita tidak berpendidikan, terlalu lemah, berjiwa seperti kerak nasi. Dan kini aku harus berbangga dengan apa yang aku miliki walaupun tanpa suami.
Mama kulihat masih tekun membaca di meja tulisnya. Isteri kedua abah itu memang rajin membaca. Mungkin darah Cina yang mengalir di tubuhnya menjadikannya begitu. Kata Abah, mama memeluk Islam tiga tahun sebelum mereka bertemu, menyangkal sangkaanku bahawa mama masuk Islam kerana ingin bekahwin dengan Abah. Aku yang termalu dengan penjelasan Abah itu.
Aku berdehem.Terkulat- kulat aku mahu memulakan kata. Mama meletakkan buku yang dibacanya lalu menarik aku ke katilnya supaya lebih selesa, tapi aku menolak. Sejak kecil lagi ummi mendidik aku supaya tidak duduk di katil orang tua. Menghormati privacy, kata ummi. Aku cuma memilih untuk bersimpuh di kaki mama.
Aku memanggung dagu runcingku di lutut mama. Mama membelai rambut panjangku yang bersinar lebat, tetapi sudah ada sehelai dua uban yang mencacatkan kecantikan rambutku kerana usiaku sudah menginjak ke angka 30 an, tapi aku tidak mahu mencabutnya. Aku pernah mendengar Ustaz Wan Sohor Bani Leman berkata dalam kuliahnya, Nabi Muhammad bersabda barangsiapa yang mencabut ubannya tanpa sebab ibarat mencabut satu kebaikan yang pernah dilakukannya. Aku cuba menghitung amalanku, tapi aku was- was, itu urusan Tuhan. Walaupun aku terdidik dengan pegangan agama yang kuat , tapi aku tetap merasakan diriku lebih banyak membuat dosa. Semalam sahaja aku telah melukakan hati Ummi. Saban waktu menjauhi pahala, saban ketika mengaut dosa! Itu ibarat diriku. Malam ini aku tidak pasti samada aku akan menambah lagi dosa yang sedia ada , adakah mama akan terluka juga dengan soalanku?
Seperti juga ummi pada awalnya, mama mengulum sanyum padaku sedangkan hatiku ini sedang bergelut dengan 1001 persoalan.
“ Jawapan mama sama dengan jawapan Abah dan ummi Aisyah”. Jawapan mama mengecewakanku. Aku tidak mahu mendesak mama, lalu ku kucup tangan dan dahinya tanda memohon beredar. Aku dapat merasakan mata mama tetap memerhatikan langkah longlaiku selepas aku berpusing untuk mengatur langkah keluar dari bilik mama. Aku tahu mama tahu aku kecewa.
Malam seterusnya, aku mampir ke bilik ibu pula setelah kelibat Abah memasuki kamar ummi. Dengan misi yang serupa, aku mahu meleraikan persoalan yang bersimpul- simpul di benakku ini. Bau harum bunga melor dan kemboja yang sedang digubah ibu menyegarkan perasaanku. Ibu berbangsa India, mungkin sebab itu ibu sukakan bunga- bunga itu. Di tepi rumah, ibu menanam pohon kemboja dan pokok bunga melor. Seawal subuh ibu akan mengutip bunga melor untuk dicucuk disanggulnya. Wangi! Walaupun aku bukan anak kandung ibu, tapi aku mewarisi kemahiran ibu menggubah bunga melor untuk dijadikan hiasan. Ibu mengajak aku duduk di sebelahnya. Berhati- hati aku melabuhkan punggung di sebelah ibu, takut ibu terkejut. Aku tak mahu ibu melatah kali ini. Ku lihat wajah ibu, walaupun kulit ibu gelap, tapi hati ibu putih bersih. Ibu baik sekali walaupun aku selalu mengacaunya. Aku selalu menyocok pinggang ibu yang suka melatah itu. Ah, alangkah berdosanya aku! Aku lebih rapat dengan ibu berbanding mama. Sejak kecil lagi aku suka menyelinap ke bilik ibu supaya ibu menyapu minyak zaitun ke rambutku. Aku suka ibu mendandan rambutku. Ibu perasan aku kegelisahan. Aku serba salah sebenarnya untuk mengutarakan persoalan yang membelit jiwa nuraniku semenjak dua menjak ini. Setelah usiaku 32 tahun baru aku terfikir untuk menyelami hati Abah, ummi, mama dan ibu tentang hidup bermadu.
Seperti ummi dan mama, ibu juga tersenyum apabila aku berjaya menghabiskan soalanku walaupun tergagap- gagap.
“ Apa jawapan Abah, ummi dan mama?” soal ibu. Aku menceritakannya pada ibu jawapan yang diberikan mereka. Aku berharap kali ini ibu tidak mengecewakanku. Tapi sangkaanku meleset.
“ Kalau macam tu, jawapan ibu pun sama seperti mereka”. Aku pantas bingkas keluar dari bilik ibu selepas mencium pipinya. Aku kesedihan. Tidak ada seorang pun dari tiga emakku yang memahami perasaan anaknya ini. Aku membawa rajuk hatiku. Dalam kegelapan, aku terkelip- kelip seorang diri. Aku hairan, ummi, mama dan ibu seperti berpakat tidak mahu menjawab soalanku kenapa mereka sanggup hidup bermadu. Ya, aku tahu taqdir mengatasi tadbir, tapi pasti ada sebab musababnya. Lagikan Sayyidatina Aisyah juga cemburu kepada Siti Khadijah yang sudah wafat ketika nabi menikahinya, sedangkan Fatimah sendiri mengatakan kalau diletakkan telor di dada isteri yang mahu dimadu, pasti akan masak telor itu menandakan panasnya hati wanita apabila terpaksa berkongsi kasih suami, inikan pula ummi, mama dan ibu! Tiba- tiba satu perasaan aneh menyelinap ke nubariku. Aku beristighfar panjang selepas menyedari betapa dangkalnya pemikiranku, betapa tidak wajarnya aku mentakwilkan kebahagian ummi, mama dan ibu hidup bersatu. Lantas ku atur langkah ke bilik air untuk berwudhuk. Aku mahu menemui Tuhanku, mengadu tentang rasa hatiku, memohon ampun akan keterlanjuranku, dan mendoakan kesejahteraan keluargaku ini berkekalan. Amin!
Aku perasan mata Abah yang menjeling ke arahku. Ummi, mama dan ibu berpura- pura membaca surat khabar beraneka jenis yang dilanggan setiap hari. Biasanya pagi- pagi begitu aku tidak melepaskan peluang menyertai mereka. Tapi hari ini aku ingin bersendiri. Selepas keluar untuk membersihkan diri, langkahku terus ku arah ke bilikku ini. Hari ini aku ingin meyiapkan novel pertamaku ‘ Adakah Sinar Sirna Akhirnya’, tarikh tutup peraduan menulis Sayembara puisi, cerpen, novel dan drama pentas anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka semakin dekat. Aku tidak mahu terlepas peluang untuk menyertainya. Aku tidaklah begitu berharap untuk menang, tetapi sekurang- kurangnya aku tidak mensia- siakan bakat menulisku ini. Sudah terlalu lama aku meninggalkan bidang sastera setelah terlibat dengan dunia ICT. Selama itulah hidupku hanya bersama komputer- komputer. Aku, pakar perisian sering menjadi rujukan juniour- juniour yang baru mula bertatih dalam bidang ini. Aku bangga kerana mampu menguasai bidang yang mempunyai masa depan yang cerah ini. Kepesatan kemodenan Malaysia yang dikecapi kini menghendaki rakyatnya celik komputer. Dunia tiada sempadan! Maklumat kini cuma di hujung jari, tekan je kekunci komputer yang mempunyai line internet, semua sudah terbentang di depan mata. Macam- macam ada! Seperti kat Astro tu.
Aku sudah terlalu dewasa, aku ingin sekali hidup berdikari tanpa bantuan Abah, ummi, mama dan ibu. Lalu ku suakan keinginanku itu pada Abah. Ummi, mama dan ibu cuma berdiam diri mendengar hujah Abah padaku. Aku tidak mahu bertingkah kata dengan Abah, tetapi aku perlu tegar dengan pendirianku itu. Keluar dari banglo Abah dan hidup di rumah yang akan aku beli sendiri. Aku yakin aku mampu. Aku sudah cukup kuat untuk hidup sendiri selepas episod kecewa cintaku dikhianati dulu. Aku bukan wanita bodoh yang cuma tahu menjual tangisan berjujuh- jujuh demi seorang lelaki munafik itu!
Ku keraskan hatiku di kala ummi, mama dan ibu berganti memujukku supaya merubah keputusan ku berpindah rumah. Mereka masih perlukan aku biarpun aku tidak memerlukan mereka lagi. Itu kata- kata mereka. Hatiku jadi kacau bilau. Bukan aku tidak memerlukan mereka lagi, cuma aku hanya ingin berdikari. Adakah hanya kerana aku seorang andartu maka aku perlu berkurung di situ hingga datang seorang pengiran yang sudi menjadikan aku permaisuri?
Dengan wajah sayu, ummi, mama, ibu dan adik- adikku merelakan pemergianku. Aku peluk Ahmad Idham seeratnya apabila adikku itu tergedik- gedik datang memaut kakiku. Ku bisikkan padanya, aku bukannya pergi tanpa kembali lagi. Tapi apalah yang dapat difahami kanak- kanak seusia lima tahun itu. Ahmad Irsyad pula datang menyalamiku, tanganku dikucup lama. Itulah adikku yang paling kuat mengusikku selama ini.
“ Maafkan Syad ye Kak Long” Aku merasa sebak. Dia lantas memelukku. Aku menangis di dada bidangnya. Aku tahu dia juga menangis tetapi air mata lelakinya tidak tumpah di pipi tetapi mengalir ke hati. Kemudian satu persatu adik- adikku datang menyalami dan memelukku, seolah- olah aku akan pergi jauh beribu- ribu batu melangkaui Laut China Selatan. Tiba giliran aku bertemu ummi, mama dan ibu. Aku memeluk mereka sekaligus. Erat sekali! Esakan aku lebih kuat sebenarnya dari mereka. Pipi aku lencun dihujani air mata. Ummi, mama dan ibu memohon maaf daripadaku, aku terlalu rasa bersalah pada mereka. Mana mungkin seorang ibu berdosa pada anaknya sendiri. Aku meyakinkan mereka, pergiku ini bukan kerana rajuk yang terjeruk tetapi memang aku cuma ingin berdikari. Akhir sekali aku mendekati Abah yang sedang berdiri di tepi kolam ikannya. Pura- pura sibuk menabur dedak kepada ikan- ikannya itu. Abah itulah idolaku selama ini dan akan terus menjadi idolaku sampai bila- bila. Aku memeluk Abah dari belakang seeratnya. Abah tidak mampu bergerak kerana aku memeluknya cukup kemas.
“ Abah, maafkan Aisyah. Aisyah pergi untuk teruskan perjuangan hidup ini. Bukan bermakna Aisyah tak sayangkan Abah, ummi, mama, ibu dan adik- adik, tetapi Aisyah mahu hidup berdikari”. Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongku ketika menuturkannya. Abah cuma diam.
“ Jaga diri, jaga iman Kak Long” ujar Abah ringkas sambil menghulurkan sepucuk warkah bersampul merah jambu, warna kesukaanku itu.
“ Aisyah baca nanti menjelang 31 Ogos 2007”. Pesan Abah. Aku cuma mengangguk walaupun kehairanan lalu berlalu pergi selepas menyalaminya.
Aku menguak jendela rumah papan yang ku beli itu. Rumah yang sederhana besar itu ada ciri- ciri tradisional. Ukiran khat menghiasi penghadang ruang tamu dengan ruang dapur. Unik sekali! Aku sudah bosan hidup dalam rumah batu. Terasa nyaman udara dari bendang padi menusuk ke hidungku walaupun ia sebenarnya bau lumpur. Aku bersyukur kerana rumah yang ku beli dari kenalanku ini terletak berhampiran masjid. Alunan ayat suci Al Quran sering menjadi halwa telingaku setiap kali hampir waktu solat. Malah kuliah, tazkirah dan ceramah yang disampaikan oleh imam dan ustaz- ustaz jemputan dapat didengar jelas dari rumahku ini. Kadang- kadang kesibukan aku sebagai tenaga pengajar di Cosmopoint Kota Bharu dalam bidang ICT menjadikan aku kelelahan sendiri, namun alunan ayat suci itulah yang menjadi penawar hatiku.
Sudah 3 bulan aku mendiami teratak ini, baru sekali aku pulang ke Kuala Lumpur menjenguk keluargaku. Terasa rindu sekali pada mereka semua. Rindu pada Abah yang rajin melayan omelanku, rindu pada masakan ummi yang enak, rindu pada mama yang penyayang, rindu pada harum ibu yang sentiasa menyelitkan bunga melor di sanggulnya. Keletah adik- adikku yang kadang- kadang membuatkan aku naik angin juga sangat kurindui. Dan kerana rindu itulah, aku bergegas mengemaskan pakaianku seadanya dan mencapai kunci kereta. Aku memandu laju menghala ke Kuala Lumpur!
Namun kereta yang kupandu terpaksa kubelokkan ke Institut Jantung Negara. Panggilan daripada ummi sebentar tadi mengatakan Abah terkena serangan jantung mengejut membuatkan air mata wanitaku membuak- buak keluar. Patutlah sehari dua ini aku terlalu rindukan Abah. Sesampainya aku di muka pintu bilik yang menempatkan Abah, ibu merangkulku erat. Kami bertangisan lama sebelum aku dibawa berjumpa abah. Keadaan Abah sangat menyedihkan aku. Wayar berselirat ditubuhnya. Aku menggengam tangan Abah penuh kasih. Rasa kesal menyerbu ke benakku kerana meninggalkan Abah. Kata Ummi, Abah tidak seceria dulu setelah aku berpindah. Tiba- tiba aku melihat kelopak mata Abah bergerak- gerak, terbuka sedikit demi sedikit, tetapi tiada langsung sinar di matanya. Abah merenung aku sayu. Lama kami bertatapan dan itulah kali terakhir renungannya pada aku.
Aku melakukannya demi ummi, mama dan ibu! Mereka bertiga memang memerlukan aku. Begitu juga adik- adikku. Lantas, aku kembali semula menghuni rumah Abah. Akulah yang bertindak sebagai ketua keluarga kini menggantikan tempat Abah. Aku perlu kental mengemudi keluargaku kini. Sejak Abah meninggal, aku tidak mahu lagi air mataku ini tumpah kerana aku takut air mataku nanti membuatkan ummi, mama dan ibu turut menangis. Sedayanya aku cuba membahagiakan mereka semua.
Setelah berbulan Abah pergi mengadap Ilahi, semangat ahli keluargaku semakin pulih. Malah hubungan ummi, mama dan ibu bertambah akrab. Mereka bagaikan berkongsi roh walaupun jasad berbeza. Ke mana- mana mesti bertiga. Malah tidur pun sebilik. Kadang- kadang aku cemburu juga dengan keakraban mereka itu. Suatu hari bagaikan dirancang- rancang, ummi, mama dan ibu mengelilingi aku yang sedang bersantai di depan tv. Tanpa dipinta- pinta ibu membelai rambutku. Mama dan ummi mengurut – ngurut tangan dan kakiku. Aku kehairanan tetapi membiarkan diri diperlakukan begitu. Seronok diri dibelai manja. Macam tuan puteri!
“ Aisyah...hmmm..hujung minggu ni aisyah sibuk tak? Mama, Ummi dan ibu cadang nak buat kenduri sikit, kenduri tahlil, sambil- sambil tu nak buat juga kenduri kesyukuran..” Mama berkata penuh hati- hati. Aku makin ragu dengan sikap emak- emakku itu.
“ Kenduri kesyukuran ma?” Mama, ummi dan ibu tersenyum- senyum memandangku.
“ Aaaa..ha’ah” jawab ibu gugup.
“ Untuk apa bu?” Aku tercengang. Kalau kenduri tahlil tu logik la jugak, tapi takkan nak buat kenduri kesyukuran meraikan pemergian arwah Abah pulak. Biar betul!
“ Begini Aisyah, ummi, mama dan ibu ni dah tua...jadi kami teringin la juga merasa ada lelaki dewasa dalam rumah ni.” Tutur ummi lembut. Aku terkejut. Aku tidak menyangka sama sekali yang ummi, mama dan ibu mahu mencari pengganti Abah secepat itu. Aku hampir menangis.
“ Sampai hati ummi, mama..ibu...tanah kubur arwah Abah masih lagi merah..tapi ummi, mama dan ibu sudah mahu cari pengganti.” Aku terasa sebak.
“ Aisyah ni dah 32 tahun hidup sendiri, ummi, mama dan ibu baru beberapa bulan kematian suami, tapi sudah teringin mencari pengganti Abah..” sambungku sayu. Air jernih mengalir deras dari empangan mataku. Aku menangis semahunya selepas berbulan pipiku ini tidak dibasahi air mata lagi.
Hahahahaha! Tiba- tiba ummi, mama dan ibu ketawa besar. Seperti lucu dengan kata- kataku tadi. Aku geram. Punyalah aku membazirkan air mata ini tapi mereka sedap- sedap je gelakkan aku.
“ Aisyah ni ke situ pulak, bukan kami yang nak cari pengganti, tapi kamu tu yang kami nak carikan suami..kena kawin..” Lancar aje ummi berkata- kata.
“ Hah, kawin? Eeeee..tak main la kawin- kawin ni mi, ma, bu...” pintasku juga laju. Geli terasa tekakku ini mendengar perkataan kahwin itu.
“ La..sape suruh kamu kawin main- main, betul- betul la Aisyah..ni ha hujung minggu ni ada orang nak masuk minang”. Mama ketawa melihat aksi spontanku seperti kegelian melihat anak tikus yang masih merah.
Jumaat, 31 Ogos 2007, hari ini genaplah 50 tahun negaraku Malaysia ini mengecap kemerdekaan dan di hari bersejarah ini jugalah aku memerdekakan diriku daripada gelaran andartu. Kali ini sekali lagi aku melakukannya demi ummi, mama, dan ibu. Dan pastinya untuk diriku juga! Hari ini aku merelakan diriku menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki. Tapi bukan isteri kepada lelaki yang meminangku semasa keluargaku mengadakan kenduri tahlil dulu. Selepas kenduri itu, aku bergegas pulang ke rumahku di Kelantan dengan satu hajat yang cukup besar. Imam masjid berhampiran rumahku itu aku temui. Rasa berdebar menguasaiku di saat itu. Namun keyakinan hatiku mengatasi segalanya.
“ Sudikah Tok Imam mengambil saya sebagai menantu tok? Menjadi Isteri untuk Ustaz Ahmad Najili?” Imam Ahmadi tergamam.
Dengan keberanian aku itulah aku kini menjadi isteri kepada lelaki yang sering berkupiah putih itu. Keberanian yang dianggap menongkah adat. Aku diibaratkan perigi mencari timba! Namun bagiku aku mengikut sunnah Siti Khadijah. Dengan petunjuk daripada Allah, aku meminang seorang lelaki yang aku yakini mampu membimbing aku ke syurgaNya. Lelaki itulah yang mengalunkan ayat suci Al Quran saban waktu solat, yang berjaya menenangkan resah hatiku dan kini membahagiakan diriku. Aku merafakkan rasa syukurku padaNya. Di malam pertama itu, di saat Ahmad Najili mengucup lembut ubun- ubunku, tiba- tiba aku teringatkan sepucuk warkah bersampul merah jambu. Aku bingkas bangun, bergegas membuka almari pakaian tempat aku menyimpan surat itu. Dengan hati yang berdebar- debar aku membukanya.
“Assalamu’laikum wahai puteriku..Semoga Aisyah, ummi, mama, ibu dan anak- anak Abah yang lain sihat sejahtera. Abah pasti Aisyah kini sudah menjadi seorang isteri di saat surat Abah ini dibaca, kerana itulah doa Abah setiap kali usai solat. Mungkin Aisyah hairan kenapa Abah meminta Aisyah membaca surat ini pada tanggal 31 Ogos 2007, kan?
Abah tahu, Aisyah tertanya- tanya kenapa Abah beristeri tiga sedangkan ummi Aisyah sudah lebih daripada cukup. Selain daripada Qadak dan Qadar tuhan yang telah tersurat untuk Abah, ummi, mama dan ibu..kami punya sebab tesendiri..Abah kahwin dengan ummi pada 31 ogos 33 tahun lalu kerana amanah arwah Atuk Aisyah. Kami bercinta selepas kahwin, tapi kami memang cukup bahagia. Selepas melahirkan Aisyah dan Atiqah, ummi Aisyah disahkan mengidap barah rahim, kantung yang pernah Aisyah dan Atiqah duduki selama sembilan bulan lebih itu terpaksa dibuang. Ummi seorang wanita yang cukup kental menerima berita sedih itu, tetapi dia mahukan zuriat yang ramai menghiasi rumah kita. Dan kerana itulah Abah punya mama dan ibu.
Aisyah, Abah takut sebenarnya untuk hidup berpoligami. Surah An- Nisa’ ayat 3 sudah menerangkan segalanya.”Kahwinilah wanita- wanita yang kamu senangi, satu, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak mampu berlaku adil, maka kahwinlah satu sahaja”. Namun ummi meyakinkan Abah bahawa Abah mampu jadi suami yang adil pada banyak isteri. Dia juga redha berkongsi kasih kerana katanya Abah milik Allah, bukan miliknya.
Abah bertemu dengan mama dan ibu serentak di PERKIM. Abah dijemput berceramah di situ saban minggu. Mama dan ibu anak yatim piatu. Walaupun mereka tidak sebangsa dengan kita, tetapi keluhuran mereka memeluk Islam jelas terpancar dari tutur kata dan tingkah laku mereka. Ummi yang meminang mereka untuk Abah. Suatu tindakan yang jarang mahu dilakukan oleh seorang isteri lain. Memang keluarga ummi menentang dan menuduh Abah mengkhianati ummi. Namun ummi Aisyah begitu tekad dengan tindakannya.Ummi Aisyah ikhlas mencarikan Abah isteri lain. Air mata lelaki Abah sering gugur apabila mengenangkan keluhuran hati ummi Aisyah yang tidak mungkin dapat Abah balas sepanjang hayat Abah.
Aisyah....bertahun kami hidup bersama, memang adakalanya ada antara mereka yang terasa hati. Tetapi Alhamdulillah, ilmu agama yang Abah terapkan dalam diri mereka mampu membentengi diri dari menurut kata nafsu. Adakalanya juga badai melanda kami apabila ada campur tangan orang luar. Namun kami berempat tetap bersepakat tidak akan membenarkan kebahagiaan kami dinodai oleh orang lain kecuali atas kehendak Ilahi. Kami hidup dengan penuh kasih sayang. Abah terima isteri- isteri Abah seadanya mereka, dan begitu juga sebaliknya. Kami redha dengan bahagian yang ditetapkan Allah pada kami.
Aisyah tau, sekurang- kurangnya Abah mengurangkan jumlah wanita lanjut usia yang belum berkahwin, kan? Hehehe, Aisyah janganla marah, Abah cuma bergurau. Sekarang ini, Abah telah melaksanakan sunnah Rasulullah dengan mengamalkan poligami, dan Abah tidak mahu hanya amalan itu yang Abah ikut. Sokongan dari ummi, mama dan ibu Aisyahlah menjadikan Abah seperti yang Aisyah kenali.
Satu lagi, dengan poligami ini, sekurang- kurangnya Abah menyahut seruan Perdana Menteri sejak Tunku Abdul Rahman hinggalah kepada Pak Lah ini supaya hidup bersatu padu antara kaum, tengok dalam keluarga kita ada yang mata sepet, ada yang mata luas, ada yang hidung mancung, ada yang hidung kemek ( termasuk Aisyah la tu, hehe). Ada yang kulitnya sawo matang, ada yang putih melepak dan tidak kurang yang agak gelap..Kita hidup majmuk seperti di negara Malaysia juga. Macam- macam ada. Tapi yang pastinya anak- anak Abah semuanya cantik dan tampan belaka. Abah bersyukur memiliki kamu semua, dan Abah sangat bersyukur kerana Allah memberikan ruang untuk kita hidup bahagia.
Aisyah, Abah dah tak sempat menulis panjang- panjang, sebab Aisyah sendiri yang tergesa- gesa dan kelihatan tidak sabar mahu meninggalkan Abah, ummi, mama dan ibu. Mungkin kerana merajuk kerana kami berempat tidak menjawab soalan yang Aisyah utarakan, kenapa kami mengamalkan perkahwinan poligami.Ok..sekali lagi Abah tegaskan.. “ Itu untungnya kalau kita hidup berpandukan Al- Quran dan As Sunnah.”
Salam sayang daripada Abah. Jaga diri Jaga Iman. Kirim salam pada ummi, mama, ibu, adik- adik dan menantu baru abah, suamimu!
Aku melipat semula warkah yang sudah basah disirami air mataku itu. Arwah Abah masih sempat berlucu di penghujung suratnya walaupun tatkala dia menulis surat itu, dia sedang menahan rasa sedih kerana kedegilanku untuk berpindah. Wajah arwah Abah terbayang di ruang mata. Aku cukup bangga kerana punya Abah sebaik dia. Wajah ummi, mama dan ibu menerjah ruang ingatanku. Aku merasa cukup beruntung punya mereka sebagai emakku.Tanpa segan silu, aku mengucup dahi dan tangan suamiku tiba- tiba.
“ Terima kasih abang kerana sudi menerima pinangan Aisyah untuk menjadi suami..dan Aisyah merelakan jika abang ingin berkahwin lagi.”
Ahmad Najili ternyata terkejut dan terpinga- pinga dengan kata- kataku. Ku peluk suamiku mesra membiarkan dia tertanya- tanya. Episod bulan maduku pun bermula di situ

RiNDu PaDa MaK n AYaH
( Ni foto ayah n mak yg ateh lukis dulu..masa kat UTM )
Rindunye pada mak n ayah di kampung..walaupun Ganu n Kelate ni dekat je..tapi Ateh tak pernah drive sorang..mst nak tunggu abg gak..tu yg payah nak balik kg..harapnya mak n ayah semakin sihat..n dapat sambut raya nnt dalam keadaan 'afiat..
dengar cite adik n kakak demam..seminggu lebih tak g skolah...kakak nak kurus kot...hehehehe
ZuRiaT..
Bercakap tentang zuriat ni..Ateh pasti setiap yang berkahwin inginkan zuriat sendiri..Cuma ia bergantung kepada rezeki dari Allah SWT, kalau Allah bagi cepat..cepatlah..kalau lambat..lambatlah..malah ada yang tidak berpeluang langsung untuk bergelar ibu atau ayah kerana sebab2 kesihatan..semua orang ada bahagian masing2..yang pasti setiap bahagian itu memerlukan kesabaran yang tidak sedikit..
Kalau dikurniakan zuriat, kita kena bersabar melayan karenah mereka..kalau tak dapat zuriat pun kita kena bersabar dengan mehnah itu..walaupun mungkin sakit telinga, sakit ati dengar suara2 sumbang yg mungkin mempertikaikan kemampuan kita sbg WANITA dan LELAKI SEJATI..
Hmmm..Ateh tahu di luar sana ramai kawan2 yang tertanya2 adakah Ateh sudah berbadan dua atau belum..almaklumlah dah hampir 2 tahun kawin..setakat ini Ateh tak mahu mengiyakan atau menidakkan..biar masa yang menentukan..mungkin penghujung tahun ini Ateh akan bagi jawapan yang pasti..InsyaAllah..
Apabila tengok kawan2 sudah bergelar IBU, rasa sayu juga di hati ini...seronoknya meka..bahagia kan? pun begitu cepat2 rasa cemburu ditepis..sbb Ateh kira bernasib baik juga sbb tak sempat jadi andartu..ramai lagi di luar sana kakak2 yg belum bertemu jodoh kan..? kita kena bersyukur dengan rezeki dan setiap apa yang kita ada..jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih drpd kita...tapi cuba empati dengan nasib insan2 yang kurang drpd kita..sbb kita ni manusia biasa yang tak pernah puas dengan apa yang kita miliki..
Duduk berjauhan dari suami tercinta mungkin menjadi penyebab utama Ateh lambat 'termengandung'..bukan senang nak plan 'jumpa' masa waktu subur..time abang cuti Ateh lak tak..gitulah sebaliknya..skang ni kira ok sket sbb Ateh dah menyewa sorang2..so senang kalo abang nak datang time dia cuti...
Bercakap soal SAKIT PUAN pula...hmmm..isu yang agak sensitif..when I was 17th years old...Ateh pernah sakit puan ni..so itu yang merisaukan bila berkahwin..sering berputar2 dalam kepala ni.." Mampu ke aku jadi ibu?"..tapi..Ateh percaya kepada Qada' dan Qadar Allah..abang pun paham..Alhamdulillah..dan akhirnya..??? Baru- baru ini Ateh menerima berita sedih drpd seorang sahabat akrab Ateh..dia disahkan menghidapai barah rahim..Astaghfirullah..berita itu memang menakutkan bagi setiap wanita..Ateh berdoa agar dia sembuh dan berpeluang menjadi ibu..
So kawan- kawan..Ateh harap soalan pasal anak ni tidak diajukan pada Ateh dalam masa terdekat ini..pleaseee...bila tiba masanya Ateh sendiri yang akan war- war kannya...hmmm tunggguuuu...wassalam..
Tuesday, August 25, 2009
PuiSi KeMeRDeKaaN
Sempena bulan kemerdekaan ni Ateh nak kongsi satu puisi yang ateh cipta khas untuk mantan- mantan PM Malaysia..jom baca..
WAJAH- WAJAH PERWIRAKU
( i )
Tika kutatap wajah di cermin
Terbias bayang wajahnya
Tersenyum...
Wajah seorang bapa
Berselirat seribu cerita
Berbaur suka bergurat duka
Jerih perih meraih merdeka!
( ii )
Tika kulintasi almari kaca
Terpantul bayang wajahnya
Tersenyum juga..
Wajah seorang ayah
Menyimpan sejuta wadah
Tidak pernah goyah pada payah..
Menuai batu- bata di tanah- tanah yang masih mentah..
Tidak sesekali gusar pada sukar..
Memacak ceracak- ceracak besi di dada belukar
Tidak sia- sia keringat diperah...
Tersergam pembangunan menadi ruang- ruang lembah !
( iii )
Tika kucedok air di perigi,
Berbalam- balam wajahnya menjelma
Menyungging senyum mesra
Wajah seorang walid
Yang tidak kenal erti perit...yang tidak tahu makna sakit
Bergalang jiwanya menyatu etnik
Kerna di hati terpalit sejuta serik..
Menanggung pilu pada tangisan perpaduan..
Yang pernah tercarik.
( iv )
Tika mataku menyoroti indah rembulan,
Terbayang raut wajahnya
Mengukir senyum bangga
Wajah seorang papa
Laut fikir merentas masa..tajam akal menembus benua
Dia tidak mahu merangkak tetapi berjalan
Dia enggan berlari tetapi terbang
Dunia tiada lagi sempadan
Kunci kemodenan di hujung jari
Tidak terjangkau dek hati yang mati
Tak kan tersilau dek mata yang buta
Melihat wawasan dia....
Memintas pantas waktu yang bergegas!
( v )
Tika kutekan punat- punat di remote tv..
Tika jemariku menari di keyboard pc..
Hadir wajahnya penuh seri
Bertaut di mata terpaut di hati
Wajah seorang abi
Yang datang bersama Islam Hadhari
Senyuman sesejuk salju membilas bahang
Bagi jiwa yang meradang..pada roh yang ketandusan..buat jasad yang kering kontang
Imannya bersinar tidak pernah sirna
Menyimbah penawar di hati luka sengsara
Dia enggan berdiri ..Andai anak- anaknya rebah ...
Di pangkuan kemajuan.
Dia mahu berdiri... Melihat anak- anak Modal Insan nya tegak gagah...
Meredah belantara dunia yang berduri tajam!
( vi )
Kini tatkala aku sudah dewasa...
Wajah- wajah perwiraku menghiasi setiap detak nafas ..
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan..Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan,
Tun Hussein Onn Bapa Perpaduan..Tun Dr Mahahtir Bapa Kemodenan,
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi...
Kerna mereka aku di sini,
Menari di bawah payung kebijaksanaan... berenang di laut keunggulan
Keranamu Malaysia...Cemerlang Gemilang Terbilang..
( bahagian dato' najib tak sempat agi nak buat..tak dan masa la..hehehhehe_

SeDiH Nyaaa...
Hari ini dimulakan dengan kesedihan...entah knapa rasa sayu sangat hati ini...nak kerja pun tak semangat..badan letih..mata ngantuk...minda pon terasa kosong...
Monday, August 24, 2009
Puasa..
Ermmm..puasa kali ni menyeronokkan sangat..apa taknya..selama dua tahun kawin, ni la kali pertama dapat berpuasa bersama hubby dalam waktu yang agak lama...kebetulan cuti skolah..so abang datang umah sewa Ateh la..masak sama- sama..bukak puasa sama- sama..sahur pun sama- sama...
Mencuba lagi
Testing..testing...penat la dok nagadap PC..nak edit blog nih..tak menjadi..
mana ada masa kalo gini
mana ada masa kalo gini
Sunday, May 24, 2009
Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)