Sempena bulan kemerdekaan ni Ateh nak kongsi satu puisi yang ateh cipta khas untuk mantan- mantan PM Malaysia..jom baca..
WAJAH- WAJAH PERWIRAKU
( i )
Tika kutatap wajah di cermin
Terbias bayang wajahnya
Tersenyum...
Wajah seorang bapa
Berselirat seribu cerita
Berbaur suka bergurat duka
Jerih perih meraih merdeka!
( ii )
Tika kulintasi almari kaca
Terpantul bayang wajahnya
Tersenyum juga..
Wajah seorang ayah
Menyimpan sejuta wadah
Tidak pernah goyah pada payah..
Menuai batu- bata di tanah- tanah yang masih mentah..
Tidak sesekali gusar pada sukar..
Memacak ceracak- ceracak besi di dada belukar
Tidak sia- sia keringat diperah...
Tersergam pembangunan menadi ruang- ruang lembah !
( iii )
Tika kucedok air di perigi,
Berbalam- balam wajahnya menjelma
Menyungging senyum mesra
Wajah seorang walid
Yang tidak kenal erti perit...yang tidak tahu makna sakit
Bergalang jiwanya menyatu etnik
Kerna di hati terpalit sejuta serik..
Menanggung pilu pada tangisan perpaduan..
Yang pernah tercarik.
( iv )
Tika mataku menyoroti indah rembulan,
Terbayang raut wajahnya
Mengukir senyum bangga
Wajah seorang papa
Laut fikir merentas masa..tajam akal menembus benua
Dia tidak mahu merangkak tetapi berjalan
Dia enggan berlari tetapi terbang
Dunia tiada lagi sempadan
Kunci kemodenan di hujung jari
Tidak terjangkau dek hati yang mati
Tak kan tersilau dek mata yang buta
Melihat wawasan dia....
Memintas pantas waktu yang bergegas!
( v )
Tika kutekan punat- punat di remote tv..
Tika jemariku menari di keyboard pc..
Hadir wajahnya penuh seri
Bertaut di mata terpaut di hati
Wajah seorang abi
Yang datang bersama Islam Hadhari
Senyuman sesejuk salju membilas bahang
Bagi jiwa yang meradang..pada roh yang ketandusan..buat jasad yang kering kontang
Imannya bersinar tidak pernah sirna
Menyimbah penawar di hati luka sengsara
Dia enggan berdiri ..Andai anak- anaknya rebah ...
Di pangkuan kemajuan.
Dia mahu berdiri... Melihat anak- anak Modal Insan nya tegak gagah...
Meredah belantara dunia yang berduri tajam!
( vi )
Kini tatkala aku sudah dewasa...
Wajah- wajah perwiraku menghiasi setiap detak nafas ..
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan..Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan,
Tun Hussein Onn Bapa Perpaduan..Tun Dr Mahahtir Bapa Kemodenan,
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi...
Kerna mereka aku di sini,
Menari di bawah payung kebijaksanaan... berenang di laut keunggulan
Keranamu Malaysia...Cemerlang Gemilang Terbilang..
( bahagian dato' najib tak sempat agi nak buat..tak dan masa la..hehehhehe_
No comments:
Post a Comment