Tak Semua Impian Akan Jadi Kenyataan,
Tak Semua Mimpi Mampu Jadi Realiti..
Tahun 2009..tahun yang penuh kenikmatan...tahun aku dilimpahi rezeki yang luas...Alhamdulillah..awal Januari 2009 aku dilantik sebagai Pegawai teknologi Maklumat F41, walaupun kerjaya ini tak pernah aku mimpikan, tapi inilah rezeki..apa2 pon memang impian aku nak keje dgn goverment...aku ditempatkan di Bahagian IT, Hospital sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu..syukur padamu Allah..(gambar kenangan di Putrajaya selepas temuduga tapisan keselamtan, di sebelahku Angah Masmariani yang menjadi pengadil ku)
Jun 2009- Impian aku sekian lama untuk memiliki sebuah kereta Honda...aku beli Honda City yg paling murah je...bukan untuk menunjuk2..tapi untuk kepuasan diri..bertahun- tahun bertungkus lumus mengumpul duit, apa salahnya aku hadiahkan diri dengan kereta ini..lagi pun..benda lain aku tak suka sgt brg2 branded ni..pakaian ke..beg kasut ke..sume yg murah2..so biarla keta ni mahai sket noo..org kata rugi beli besi buruk mahai2..tp tak pe la..bukannya slalu...ahaks..untuk keselesaan aku sekeluarga gak..no plat keta yg ku beli ialah TAV 2112, sempena tarikh pernikahan ku dgn suami pada 21/ 12/ 2007...syukur skali lagi padaMu Ya Rahman kerana memberi aku rezeki ini...
Disember 2009, paling membahagiakan aku adalah menjadi seorang ibu..rezeki musim banjir..hehehehe...kawin musim banjir, dapat anak pon musim banjir...Usrati...inilah keluarga bahagiaku..bersama abg n anak tercinta( Azhar n Azfar)..moga2 kehidupan kami sentiasa di bawah payung RahmatNya...moga2 kasih sayang kami sentiasa bersemi..terima kasih Ya Rahim kerana memberi peluang untukku bergelar isteri dan ummi..
Dan hari ini.ingin aku katakan Impianku sudah jadi kenyataan..mimpiku sudah menjadi realiti walaupun apa yg akan jadi di depan hari masih belum diketahui..jika panjang umo maka masih jauh lagi perjalanan yg perlu ditempuhi..masih banyak lagi mehnah dan onak duri perlu didepani..mudah- mudahan dipermudahkan laluan hidup ini dan dilapangkan segala pintu rezeki untuk kami sekeluarga..amin..
Ada apa dengan 2010??? Masih misteri...emmmmm
No comments:
Post a Comment