Wednesday, February 24, 2010

baby crying contest..

 

ermmm rasa berminat lak nak join contest anjuran Kakpah ni..almaklum Azfar kan kuat nangis..

Syarat peraduan:
1. Jadi follower Auladjannah-done

2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.-done

3. Letakkan link kakpah di blog anda.-done

4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil.-done

DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS-done

(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)-done

5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.-done

6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.-done

7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.

Hadiah utama

RM 50.00
5 hadiah saguhati

top up RM10.00 setiap satu

Pengenalan :

 

Nama anak : Ahmad Azfar Bin Azhar
Tarikh Lahir : 3 Disember 2009
Umur : 2 bulan lebih( dah nak masuk 3 bulan)
Tempat lahir : Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu
Berat semasa lahir: 3.8 kg
Berat semasa 2 bulan : 6.1 kg
Berat sekarang belum timbang lagi..
Anak sulung
Azfar ni sejak dari lahir lagi kuat nangis..banyak tempat dah g berubat..n Alhamdulillah skang ni dah tak kuat sangat dah, cuma kalo tinggal lama sket atau lambat bagi susu dia nangis la..hehehe

Ni gambar Azfar sdg nangis.Gambar pertama n kedua diambil masa dalam pantang lagi, masa umur Azfar sebulan lebih..gambar ketiga masa umur dia dua bulan..  




Dan ini lak gambar Azfar sedang senyum..gambar pertama masa umur Azfar sebulan lebih, gambar kedua masa dua bulan n gambar ketiga paling terbaru diambil pada 23 Februari 2009..

 

No comments: