Wednesday, February 24, 2010

baby crying contest..

 

ermmm rasa berminat lak nak join contest anjuran Kakpah ni..almaklum Azfar kan kuat nangis..

Syarat peraduan:
1. Jadi follower Auladjannah-done

2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.-done

3. Letakkan link kakpah di blog anda.-done

4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil.-done

DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS-done

(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)-done

5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.-done

6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.-done

7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.

Hadiah utama

RM 50.00
5 hadiah saguhati

top up RM10.00 setiap satu

Pengenalan :

 

Nama anak : Ahmad Azfar Bin Azhar
Tarikh Lahir : 3 Disember 2009
Umur : 2 bulan lebih( dah nak masuk 3 bulan)
Tempat lahir : Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu
Berat semasa lahir: 3.8 kg
Berat semasa 2 bulan : 6.1 kg
Berat sekarang belum timbang lagi..
Anak sulung
Azfar ni sejak dari lahir lagi kuat nangis..banyak tempat dah g berubat..n Alhamdulillah skang ni dah tak kuat sangat dah, cuma kalo tinggal lama sket atau lambat bagi susu dia nangis la..hehehe

Ni gambar Azfar sdg nangis.Gambar pertama n kedua diambil masa dalam pantang lagi, masa umur Azfar sebulan lebih..gambar ketiga masa umur dia dua bulan..  




Dan ini lak gambar Azfar sedang senyum..gambar pertama masa umur Azfar sebulan lebih, gambar kedua masa dua bulan n gambar ketiga paling terbaru diambil pada 23 Februari 2009..

 

Tuesday, February 23, 2010

DuNia MisTiK...PeRCaYa ATaU TiDaK???

First..nak tukar panggilan la...dari aku kepada Ateh..lebih manis gitu..ahaks..

Untuk N3 kali ni Ateh nak bincang pasal DUNIA MISTIK...ermmm..tak tau nak percaya ke idak..tapi kalo tak percaya kang susah gak.. mmg wujud alam haib nih..sejak sekolah rendah lagi Ateh dah menyaksikan peristiwa2 misteri yg berlaku dlm famili Ateh...bila masuk UTM pon ada benda mistik berlaku pada diri Ateh sdiri..mmm..


 
Ayah Ateh ni ada gak tau sket2 pasal alam ghaib nih..dah keturunan dia macam tuh..tp heran ayah tak leh ubatkan anak2 cucu2 sdiri, kalo org lain dgn izin Allah leh lak...hehehehe..








       15 Feb lepas, untuk kesekian kalinya Ateh bawa putera tercinta Azfar pergi berubat lagi, kali ni mak n ayah ateh yg bersungguh takut ada apa2 kat cucu ketiga diorang ni..Ateh n suami ikut je la..kami kan takde pengalaman lagi..

Mmm..nak tau apa jadi??? Susahnya nak cerita takut kawan2 tak percaya..tp kalo tgk pada gaya puteraku Azfar ada gak kebenarannya...

Puteraku Azfar mewarisi keturunan bangsawan daripada belah ayahku, keturunan Puteri Sa'adong..selama ni dia nangis kuat untuk maklumkan pada Abi n Umminya  bahawasanya dia adalah keturunan itu..adussss..Ateh rasa macam tak leh terima sangat benda gini..kebetulan pula nama yg Ateh n abg pilih ni- Azfar bermaksud Yang Menang..mmm so sejak lahir lagi kira memang puteraku ini menang sokmo la..dialah johan segalanya..org lain kena ikut pe el dia..issyhhh ni ummi tak berkenan nih..Ummi nak anak ummi tawadhuk, rendah diri, berjurus n segala2 yg baik la..

      Kata pengamal perubatan tersebut, kalo wat majlis apa2 utk Azfar n buat pulut kuning kena asingkan bahagian dia..org lain tak leh jamah ...isyhhh3...pastu kalo nak bersunat nanti kena pakai baju ke kain ke yg ada bunga kuning2 sket..jangan buat lebih2 lak takut syirik..sekadar sbg tanda si Azfar mewarisi keturunan bangsawan..
perghhhh...fenin la ummi n abi camni gak..kalo boleh Ummi n abi nak anak ummi jadi orang biasa2 jer..takde kelebihan pelik2..Ummi tak nak la Azfar jadi macam Achik Su n Mak Muda dia yg leh nampak benda2 ghaib..tak nak la nampak alam bunian ke apa..Ummi takut n risau nih..
Ummi nak anak Ummi ni membesar dengan sihat, bijaksana, pintar, cerdas n cergas..berilmu..beriman..jadi seorang tahfiz...mmm..bila besar2 leh jadi pemimpin yg unggul ..jangan jadi pemimpin yg zalim...
Rasa kelakar pon ada bila dibagitau InsyaAllah puteraku Azfar boleh jadi ketua atau bos suatu hari nanti..hikhikhik..ala jadi ketua untuk famili dia la tu..mmm apa pendapat kawan-kawan???Ateh risau bangattt...


Sunday, February 21, 2010

SyuKuR PaDa Mu Ya IlaHi..


 Tak Semua Impian Akan Jadi Kenyataan,
Tak Semua Mimpi Mampu Jadi Realiti..


Tahun 2009..tahun yang penuh kenikmatan...tahun aku dilimpahi rezeki yang luas...Alhamdulillah..awal Januari 2009 aku dilantik sebagai Pegawai teknologi Maklumat F41, walaupun kerjaya ini tak pernah aku mimpikan, tapi inilah rezeki..apa2 pon memang impian aku nak keje dgn goverment...aku ditempatkan di Bahagian IT, Hospital sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu..syukur padamu Allah..(gambar kenangan di Putrajaya selepas temuduga tapisan keselamtan, di sebelahku Angah Masmariani yang menjadi pengadil ku)



Jun 2009- Impian aku sekian lama untuk memiliki sebuah kereta Honda...aku beli Honda City yg paling murah je...bukan untuk menunjuk2..tapi untuk kepuasan diri..bertahun- tahun bertungkus lumus mengumpul duit, apa salahnya aku hadiahkan diri dengan kereta ini..lagi pun..benda lain aku tak suka sgt brg2 branded ni..pakaian ke..beg kasut ke..sume yg murah2..so biarla keta ni mahai sket noo..org kata rugi beli besi buruk mahai2..tp tak pe la..bukannya slalu...ahaks..untuk keselesaan aku sekeluarga gak..no plat keta yg ku beli ialah TAV 2112, sempena tarikh pernikahan ku dgn suami pada 21/ 12/ 2007...syukur skali lagi padaMu Ya Rahman kerana memberi aku rezeki ini...

Disember 2009, paling membahagiakan aku adalah menjadi seorang ibu..rezeki musim banjir..hehehehe...kawin musim banjir, dapat anak pon musim banjir...Usrati...inilah keluarga bahagiaku..bersama abg n anak tercinta( Azhar n Azfar)..moga2 kehidupan kami sentiasa di bawah payung RahmatNya...moga2 kasih sayang kami sentiasa bersemi..terima kasih Ya Rahim kerana memberi peluang untukku bergelar isteri dan ummi..


Dan hari ini.ingin aku katakan Impianku sudah jadi kenyataan..mimpiku sudah menjadi realiti walaupun apa yg akan jadi di depan hari masih belum diketahui..jika panjang umo maka masih jauh lagi perjalanan yg perlu ditempuhi..masih banyak lagi mehnah dan onak duri perlu didepani..mudah- mudahan dipermudahkan laluan hidup ini dan dilapangkan segala pintu rezeki untuk kami sekeluarga..amin..


Ada apa dengan 2010??? Masih misteri...emmmmm

Tuesday, February 9, 2010

BeRuBat Lagi..

Tawakkaltu 'ala Allah..untuk kesekian kalinya azfar berubat utk buang fe el nangisnya yg keterlaluan itu..kali ni dgn ayah jiran sblah umah..smalam pakcik datang ke umah sewaku..nangis selok dia masa pak cik pegang kepala dan baca2 ayat...marah betul Azfar..tak tau la aku menurun ' cengeng' drpd sape..campur kot...blah aku n belah abg..almaklum cucu tok pendekar..pakcik kata adala ' benda' sket2..tapak umah tu keras kot..

Kmarin cocok utk dua bulan..fuhh gagah tu..tak nangis pon..n alhamdulillah tak demam..kena jarum tak nangis lak..kalo tinggal tu leh nangis selok lak..timbang berat dah 6.1 kg..semangatnya anak ummi ni..patutla rasa 'krem' bahu bila dukung, urat belakang rasa mcm bengkak dah..ngasuh pon malam2 kena berurut..siannya..

Smalam ngasuh yg ku panggil kak Long mari teman, sian lak kat Kak Long kena jaga Azfar 24 jam..syukur aku dapat pengasuh yg caring n baik hati..kena bagi bonus ni..hikhikhik..

Tuesday, February 2, 2010

Aku KiNi SeoRanG Ummi..

       

         Alhamdulillah..syukur yang tidak terhingga aku rafa' kan kepada Ilahi kerana memberi peluang untuk aku bergelar ibu walaupun dalam usia yang agak lewat..29 tahun..
         3 Disember 2009, tarikh keramat yang cukup membahagiakan aku...tepat jam 5.25 pagi aku selamat melahirkan seorang putera yang comel ( pada mataku la, heheehe) seberat 3.8 kg..bayiku yang agak besar sedikit menyukarkan aku semasa proses melahirkannya..kesakitan yang tidak terhingga, namun cukup nikmat sebenarnya..dari jam 11 aku dimasukkan ke labour Room akhirnya permata hati yang aku dan suami tunggu- tunggu muncul juga...terima kasih buat Doktor dan nurse HRPZ II Kota Bharu yang menyambut kelahiran bayiku...lupe lak nak tanya nama Dr n nurse tu..

         Walaupun menerima jahitan yang agak banyak, aku bersyukur takde masalah lain..so aku mintak kebenaran untuk keluar wad pada hari yang sama..

Aku namakan puteraku Ahmad Azfar Bin Azhar..moga2 anakanda menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..



Sedih rasanya hati ini kerana susu badanku tidak banyak..hari kedua Azfar kena sakit kuning kerana kurang menyusu...sian lak sampai 4 kali amik darah di kaki..macam2 petua org2 tua..mandikan dgn air inai, minum air bunga loceng, minum air tebu itam..macam2 lah...selepas seminggu baru Azfar sembuh dari penyakit kuning..Alhamdulillah..lega rasa hatiku..


Sehari selepas Azfar sembuh,  aku, abg n mak mertua bawa Azfar ke umah Tok Guru Nik Aziz utk cukur jambul..tp sedikit kecewa sbb Tok Guru takde..so cukur jambul dgn adik Tok Guru jer la..balik umah aku n abg bertungkus lumus mencukur rambut azfar sampai botak..fuhhh berjam- jam baru siap..almaklum kepala lembut lagi..


Menangis..menangis..menangis...alahai sayang...sudah 4 tempat aku bawa Azfar berubat..mcm2 lak yg tukang perubat bgtau..tersampukla..ada benda singgah la..panas dalam la..tiup2 bagi air penawar..tapi anak aku still lagi menangis..dengan aku2 skali turut menangis bila tak tau nak pujuk lagu mana..orang kata lepas 40 berhenti la tu nangis..pastu tunggu 60 hari lak..ni kena tunggu 100 hari lak..aku doakan agar anak kesayanganku ini akan sembuh juga..biar nangis macam baby2 lain jer..

Senyuman menawan..Alhamdulillah bahagianya hati ummi lihat senyumanmu aduhai anak..Azfar dah pandai tgk orang dan tersenyum masa umo 1 bulan lebih..kalo aku agah jer..mst dia senyum...eeee geramnya ummi tgk pipi tu..
Biasanya Azfar akan bangun kol 3 pagi untuk bermain ..masa ni la dia nak test suara..siap ketawa ngekek lagi..n yang paling merisaukan aku..masa ni la jugak dia nak menangis...org ganu kata ' musang'...adusss penatnya ummi kena temankan.. sampai la hantar ke umah pengasuh baru dia tdo..ummi keje la sayang..cari rezeki untuk Azfar ugak..tdo la sayangku..
Si Azfar ni kalo malam dia nak tdo berbantalkan lengan aku..kalo tak tdonya tak sampai 5 minit...dia takut apa ntah..dlm tdo pon nangis mcm takut2..mengigau kot..n slalu je terkejut tersentak ..maybe tempias bawaan semasa mengandung kot..aku sering je tersentak masa tdo..macam ada benda tarik kaki...eeeeeeeeeeeeee...tapi selepas pengasuh Azfar cerita pasal dua org baby yg meninggal kat kampung umah sewaku kerana tertindih oleh mak n ayah..rasa gerun lak nak letak Azfar sblah ku tp dia tak nak tdo ats buai waktu malam....na'uzubillah..Ya Allah lindungi aku dan zuriat ku dari segala malapetaka...
Ha ni saat2 menggembirakan hati ummi n abi..gelak lagi..gelak lagi ye..kan comel gitu..encemmm kan...




Monday, February 1, 2010

RiNDuNYeeee..

alahai lamanya tak ber blog..cuti 2 bulan nih tak dak masa langsung nak update..maklumlah ibu mithali la katakan..uhuks uhuk