DEMI UMMI, MAMA DAN IBU
Aku membelek- belek album gambar di tangan, kenangan bersama Abah, ummi, mama dan ibu tidak pernah hilang dari memoriku. Life is short! Tetapi kehidupanku terasa cukup panjang kerana kenangan- kenangan indah itulah...
Aku tertawa melihat abah kericuan meladeni karenah anak- anak kecilnya. Kalau adik beradik ku semuanya lelaki, pasti Abah sudah menubuhkan Kelab Bola Sepak sendiri. Setiap hari rumahku riuh bagaikan ada kenduri, aku sering kewalahan mendepani teriak tangis dan rengekan adik- adik, sebagai anak sulung menjadi tugasku untuk melayan adik- adik yang berjumlah lima belas orang itu. Itu belum termasuk kewajipanku untuk mengemas rumah banglo berkembar tiga itu lagi. Aku betul- betul lelah, tapi aku gembira begini. Bahagia sekali!
Usiaku kini sudah menjengah ke alam andartu, 32, tapi aku merasakan aku masih lagi muda. Ah usia hanyalah angka! Mungkin aku ni jenis perempuan yang lambat matang kot walaupun dah lama dewasa...dah 20 tahun pun akil baligh..hehehehe..kalaulah aku hidup pada zaman dulu..asal baligh aje akan dikahwinkan, pasti aku sudah punya anak remaja tika ini. Aku tersenyum sendiri dengan khayalan nakalku.
“ Eh Aisyah, kenapa ni senyum sorang- sorang?”
Opocot! Terkejut betul aku. Tidak sedar langsung bila ummi keluar dari dapur. Ummi kehairanan melihatku begitu. Pertanyaan ummi yang agak kuat itu mengundang perhatian abah dan adik- adikku. Alamak, malunya aku! Tergulut- gulut aku mencapai penyapu yang kusandarkan di tepi dinding.
“ Ummi ni..Aisyah kan tengah kemas rumah ni.” Aku cuba mencover perasaan maluku, tidak mahu diketawakan. Tanganku ligat menyapu lantai walaupun sebenarnya langsung tiada sampah di situ, malah habuk pun tak kelihatan. Sebenarnya aku sudah menyapu ruang itu tadi. Ummi menggelengkan- gelengkan kepala melihat keanehan sikapku.
“ Mi, kak long sapu angin tu.. ummi tak tau ke, kak long memang selalu macam tu, tanyalah mama dan ibu kalau ummi tak caya.. ”Adikku Ahmad Irsyad menyampuk. Ceh! Tak sayang mulut betul. Abah dan adik- adikku yang lain ketawa- ketawa. Aku mencebik ke arah adikku itu dan menunjukkan isyarat sepit ketam ku. Enam adik di bawahku kini sedang melanjutkan pelajaran ke universiti. Tiga orang adik perempuanku telah berumahtangga dan tinggal di rumah suami masing- masing. Tinggallah aku bersama lima lagi adikku yang masih bersekolah menengah dan rendah di banglo besar itu.
Fuhh, selamat! Aku kelegaan apabila melihat ummi menapak semula ke arah dapur. Kemudian bunyi riuh pula dari situ. Kuat betul ummi, mama dan ibu bersembang. Aku membawa langkahku ke arah mereka dengan misi nakalku.
Wachaaaaaa!!! Aku pantas menyocok pinggang ibu.
Iyaahhh! Iyahhh! Iyahhh! Wachaaa!!! Ibu melatah, tangannya menepis- nepis macam pesilat handal. Berterabur sayur campur yang sedang dipotong ibu. Aku tidak dapat menahan tawaku melihat aksi ibu. Aku ketawa besar sampai mataku berair. Tapi tiba tiba lengan kanan ku dicubit mama dan pipiku pula dicubit ummi. Kuat!
Aduhhhh! Aku terjerit. Menyeringai kesakitan. Mama dan ummi memang penyepit handal. Dan aku lah pewarisnya!
“ Aisyah..awak tu dah besar panjang..kesian ibu..nakal tak abis- abis..buatnya ibu cedera macam mana...tak baik buat ibu macam tu..nakalnya budak bertuah ni..patut pun tak de orang ndak..” Padan muka aku dileteri mama. Aku tersengih, terkulat-kulat menggosok pipi yang masih terasa perit dicubit ummi. Ummi membantu ibu yang kelelahan, semput kerana jenuh bersilat, hehehe. Aku buat muka sardin lalu berlalu dari situ.
Terasa boring pula tiada kerja yang hendak dibuat. Aku keluar semula ke ruang tamu melihat abah dan adik- adikku. Lalu aku mendapat satu idea bernas untuk mengusik adik lelaki bongsuku, Ahmad Idham yang sedang leka menyusun puzzle. Abah sedang melayan Amna, Arfah dan Izzah yang sedang bermain ‘ SOS’. Aku menggulung kertas A4 sehingga ia menjadi nipis, kemudian secara diam- diam aku menyorok di belakang sofa, berhampiran dengan Ahmad Idham bermain. Ku kuit telinganya perlahan- lahan sehingga dia kegelian. Dia menepis- nepis telinganya. Apabila adikku itu berpaling , cepat- cepat aku menyorok. Aku mengulanginya lagi sehingga puas. Kesian Idham asyik menggaru telinganya. Aku keluar dari tempat persembunyianku dan menerkam Ahmad Idham. Ku gomol pipi montel adikku yang baru berusia lima tahun itu dengan bibirku. Cup! Cup! Cup!
“ Abah, tolongg Am!!!!” Adikku itu meronta- ronta sambil meminta bantuan abah. Aku mengemaskan pelukanku. Semakin kejap. Pipinya ku cium lagi bertalu- talu.
Pap! Abah menepuk pahaku.” Sudah la tu Aisyah, kesian adik tu kamu keronyok”.
Hehehe. Aku melepaskan Ahmad Idham. Dia lari bersembunyi di belakang abah. Giliran aku pula yang keletihan. Papa cuma menggelengkan kepala melihat telatah kami.
“ Apalah kak long ni, ganas kalahkan perogol bersiri !” Aku terbeliak mendengar kata- kata celupar Ahmad Irsyad. Sepit ketam ku terus hinggap di pipinya. Padan muka!
“ Bah, baik abah kawinkan je kak long ni, Irsyad rasa kak long dah tak sabar ni nak ada laki..” Irsyad tidak mahu mengalah, masih cuba menyakitkan hatiku. Memang dasar mulut tak de insurans! Aku menguatkan lagi sepitanku sehingga dia menyeringai kesakitan. Dia terlolong kesakitan, serentak itu ummi, mama dan ibu terkocoh- kocoh keluar ingin melihat kekecohan yang berlaku itu. Sepantas kilat aku melarikan tanganku dari pipi Irsyad. Abah cuma memandang ke arah isteri- isterinya itu, memberi isyarat supaya tidak masuk campur. Abah tahu aku suka bergurau dengan adik- adikku walaupun kami berlainan emak. Abah memang cukup memahamiku. Aku hanya ada dua beradik seibu dan sebapa, anak ummi. Atiqah, adikku yang muda setahun daripadaku itu sudah pun mempunyai tiga cahaya mata. Hanya aku yang masih sendiri!
Abah terkial- kial menegakkan tiang bendera yang semakin senget di laman rumah. Abah memang patriotik! Jalur Gemilang berkibar megah di laman rumah kami, bukan aku tidak mampu menggantikan tiang buluh itu dengan tiang besi, tapi Abah yang tidak mahu. Kata Abah, demi mencari buluh itulah dia rela meredah hutan di utara. Aku lihat memang buluh itu cukup kukuh, tidak reput- reput lagi. Sejak Ogos 15 tahun lepas lagi buluh itu terpacak di situ sedangkan benderanya sendiri akan ditukar saban tahun.
Adik- adikku semuanya ke sekolah. Cuma tinggal aku, ummi, mama dan ibu.
Abah memang degil, ditepisnya tangan aku ketika aku pandai- pandai ingin membantunya. Abah pernah kata kerja- kerja berat hanya kerja lelaki. Lelaki kan berurat dawai bertulang besi. Perempuan ni manusia lemah, urat macam benang, tulang pun macam helaian rambut sahaja. Aku meningkah pendapat Abah. Aku tidak suka Abah berpandangan begitu terhadap kaum aku. Besi pun akan berkarat juga kataku. Tapi rambut kalau dipintal- pintal banyak- banyak sekaligus pun akan kuat juga walaupun sudah menjadi uban. Benang pun begitu, kerana ada benanglah manusia di bumi ini dapat pakai baju. Bayangkan kalau tak ada benang, semua akan telanjang! Eee aku malu sendiri membayanginya.
Abah cuma tersenyum mendengar omelanku. Hujah aku memang betul kata abah. Dan paling aku tidak menduga, Abah kata kerana perempuan macam rambutlah Abah sampai beristeri tiga! Aku terpinga- pinga mendengar kata- kata Abah itu.
“ Kan aisyah sendiri cakap, rambut akan kukuh juga kalau dipintal banyak- banyak sekaligus, kalau sehelai memangla rapuh”. Abah mengulum senyum percuma, bersedekah untuku. Mahu menyakat aku selebihnya.
Aku cuma mengangkat kening. Ah, apa- apa lah Abah! Aku akan kalah setiap kali berlawan hujah dengan Abah. Aku tahu Abah seorang pemikir hebat. Genius! Tapi sayang aku sebagai anak sulungnya tidak mewarisi kelebihan itu. Tetapi aku juga hairan bagaimana Abah boleh memiliki ummi, mama dan ibu sekaligus? Malah ketiga- tiga emakku itu begitu rapik persis adik beradik kandung walaupun mereka asalnya dari keturunan dan warna kulit yang berbeza. Tetapi kini disatukan di bawah bumbung rumah Abah berpaksikan pada agama yang sama . Islam!
“ Itu untungnya kalau kita hidup berpandukan Al- Quran dan As Sunnah.” Itu jawapan Abah apabila aku atau ada orang bertanya bagaimana Abah dapat menjinakkan ketiga- tiga isterinya itu. Hidup rukun damai di bawah satu bumbung. Rumah untuk ummi, mama dan ibu cuma dipisahkan dengan dinding sahaja tetapi dari luar kelihatan seperti satu banglo yang cukup besar. Persis satu bumbung!
Tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas Abah, tergesa- gesa aku membuntuti Ummi yang mahu melangkah ke kamarnya. Malam itu giliran abah di rumah sebelah, rumah mama. Aku terlalu ingin tahu apa rahsia atau petua hidup bermadu, sejak usia gadis sunti lagi aku sering terbaca atau mendengar hanya yang tidak enak sahaja tentang hidup bermadu. Dimomokkan dengan cerita hidup bermadu manisnya cuma untuk suami tapi pahitnya terpaksa diteguk sang isteri.
Ummi tersenyum mendengar pertanyaanku. Tenang- tenang sahaja wajahnya. Aku kalut dengan perasaan ingin tahuku sehingga sedikit mendesak Ummi.
“ Jawapan ummi sama la dengan jawapan Abah..” ujar Ummi ringkas.
“ Ummi bahagia?” Ummi mengangguk. Aku tidak berpuas hati.
“ Ummi tolong pandang mata Aisyah, hmm...dari mata Ummi, Aisyah rasa hati ummi tidak sebahagia seperti yang mulut ummi katakan.” Aku cuma menebak sebenarnya. Aku tidak pernah tahu pun ilmu menujum ni. Aku tidak reti langsung pun untuk membaca hati orang lain. Ummi tersinggung dengan kata- kataku itu. Ummi tidak menyangka sama sekali, aku sebagai anak yang pernah dikandung di dalam rahimnya sendiri , anak yang dilahirkan dengan sejuta kesakitan mencurigai ibunya sendiri. Adussss! Aku kelemasan mendengar ratapan ummi, kerana aku ummi menangis. Justeru menjadi kewajipanku pula membilas tangisannya dengan penawar pujukan. Tidak terniat langsung untuk membuat Ummi terluka. ‘ Setitis sahaja air mata ibu gugur ke bumi kerana keburukan sikap kita, di akhirat esok kita akan dihukum berenang seluas lautan.’ Masih terngiang di cuping telingaku kata- kata Ustazah Widad Muslimah dalam ceramahnya dulu. Tidak! Aku tidak mahu menjadi anak derhaka! Lantas bergulut- gulut aku memohon maaf dari ummi yang esakannya makin reda. Sehingga ummi terlena barulah aku meninggalkan ummi dengan menghadiahkannya sebuah kucupan kasih.
Malam esoknya, aku meneruskan agendaku untuk mengorek rahsia hidup Abah bersama ummi, mama dan ibu. Ku gagahkan kakiku bersaiz 6 ni melangkah ke kamar mama. Bila sahutan mama kedengaran dari dalam biliknya, aku dengan penuh debaran memulas tombol pintu. Aku berdebar sebenarnya. Lebih hebat lagi dari debaran semasa aku dipinang dahulu, tapi sayang tunanganku itu telah bernikah dengan gadis lain seminggu sebelum kami diijab qabulkan sebagai suami isteri. Kuasa Tuhan tak ada siapa yang mampu menghalang. Kedua tanganku ini cuma sebesar zarah untuk menolak taqdir yang bertandang untukku itu. Namun sokongan Abah, ummi, mama, ibu dan adik- adikku akhirnya menjadikan aku wanita berjiwa besi. Akibat keripukkan cinta itulah aku bertukar keperibadianku, menyalin watakku ini menjadi wanita yang gagah bertenaga sedangkan awalnya aku seperti wanita tidak berpendidikan, terlalu lemah, berjiwa seperti kerak nasi. Dan kini aku harus berbangga dengan apa yang aku miliki walaupun tanpa suami.
Mama kulihat masih tekun membaca di meja tulisnya. Isteri kedua abah itu memang rajin membaca. Mungkin darah Cina yang mengalir di tubuhnya menjadikannya begitu. Kata Abah, mama memeluk Islam tiga tahun sebelum mereka bertemu, menyangkal sangkaanku bahawa mama masuk Islam kerana ingin bekahwin dengan Abah. Aku yang termalu dengan penjelasan Abah itu.
Aku berdehem.Terkulat- kulat aku mahu memulakan kata. Mama meletakkan buku yang dibacanya lalu menarik aku ke katilnya supaya lebih selesa, tapi aku menolak. Sejak kecil lagi ummi mendidik aku supaya tidak duduk di katil orang tua. Menghormati privacy, kata ummi. Aku cuma memilih untuk bersimpuh di kaki mama.
Aku memanggung dagu runcingku di lutut mama. Mama membelai rambut panjangku yang bersinar lebat, tetapi sudah ada sehelai dua uban yang mencacatkan kecantikan rambutku kerana usiaku sudah menginjak ke angka 30 an, tapi aku tidak mahu mencabutnya. Aku pernah mendengar Ustaz Wan Sohor Bani Leman berkata dalam kuliahnya, Nabi Muhammad bersabda barangsiapa yang mencabut ubannya tanpa sebab ibarat mencabut satu kebaikan yang pernah dilakukannya. Aku cuba menghitung amalanku, tapi aku was- was, itu urusan Tuhan. Walaupun aku terdidik dengan pegangan agama yang kuat , tapi aku tetap merasakan diriku lebih banyak membuat dosa. Semalam sahaja aku telah melukakan hati Ummi. Saban waktu menjauhi pahala, saban ketika mengaut dosa! Itu ibarat diriku. Malam ini aku tidak pasti samada aku akan menambah lagi dosa yang sedia ada , adakah mama akan terluka juga dengan soalanku?
Seperti juga ummi pada awalnya, mama mengulum sanyum padaku sedangkan hatiku ini sedang bergelut dengan 1001 persoalan.
“ Jawapan mama sama dengan jawapan Abah dan ummi Aisyah”. Jawapan mama mengecewakanku. Aku tidak mahu mendesak mama, lalu ku kucup tangan dan dahinya tanda memohon beredar. Aku dapat merasakan mata mama tetap memerhatikan langkah longlaiku selepas aku berpusing untuk mengatur langkah keluar dari bilik mama. Aku tahu mama tahu aku kecewa.
Malam seterusnya, aku mampir ke bilik ibu pula setelah kelibat Abah memasuki kamar ummi. Dengan misi yang serupa, aku mahu meleraikan persoalan yang bersimpul- simpul di benakku ini. Bau harum bunga melor dan kemboja yang sedang digubah ibu menyegarkan perasaanku. Ibu berbangsa India, mungkin sebab itu ibu sukakan bunga- bunga itu. Di tepi rumah, ibu menanam pohon kemboja dan pokok bunga melor. Seawal subuh ibu akan mengutip bunga melor untuk dicucuk disanggulnya. Wangi! Walaupun aku bukan anak kandung ibu, tapi aku mewarisi kemahiran ibu menggubah bunga melor untuk dijadikan hiasan. Ibu mengajak aku duduk di sebelahnya. Berhati- hati aku melabuhkan punggung di sebelah ibu, takut ibu terkejut. Aku tak mahu ibu melatah kali ini. Ku lihat wajah ibu, walaupun kulit ibu gelap, tapi hati ibu putih bersih. Ibu baik sekali walaupun aku selalu mengacaunya. Aku selalu menyocok pinggang ibu yang suka melatah itu. Ah, alangkah berdosanya aku! Aku lebih rapat dengan ibu berbanding mama. Sejak kecil lagi aku suka menyelinap ke bilik ibu supaya ibu menyapu minyak zaitun ke rambutku. Aku suka ibu mendandan rambutku. Ibu perasan aku kegelisahan. Aku serba salah sebenarnya untuk mengutarakan persoalan yang membelit jiwa nuraniku semenjak dua menjak ini. Setelah usiaku 32 tahun baru aku terfikir untuk menyelami hati Abah, ummi, mama dan ibu tentang hidup bermadu.
Seperti ummi dan mama, ibu juga tersenyum apabila aku berjaya menghabiskan soalanku walaupun tergagap- gagap.
“ Apa jawapan Abah, ummi dan mama?” soal ibu. Aku menceritakannya pada ibu jawapan yang diberikan mereka. Aku berharap kali ini ibu tidak mengecewakanku. Tapi sangkaanku meleset.
“ Kalau macam tu, jawapan ibu pun sama seperti mereka”. Aku pantas bingkas keluar dari bilik ibu selepas mencium pipinya. Aku kesedihan. Tidak ada seorang pun dari tiga emakku yang memahami perasaan anaknya ini. Aku membawa rajuk hatiku. Dalam kegelapan, aku terkelip- kelip seorang diri. Aku hairan, ummi, mama dan ibu seperti berpakat tidak mahu menjawab soalanku kenapa mereka sanggup hidup bermadu. Ya, aku tahu taqdir mengatasi tadbir, tapi pasti ada sebab musababnya. Lagikan Sayyidatina Aisyah juga cemburu kepada Siti Khadijah yang sudah wafat ketika nabi menikahinya, sedangkan Fatimah sendiri mengatakan kalau diletakkan telor di dada isteri yang mahu dimadu, pasti akan masak telor itu menandakan panasnya hati wanita apabila terpaksa berkongsi kasih suami, inikan pula ummi, mama dan ibu! Tiba- tiba satu perasaan aneh menyelinap ke nubariku. Aku beristighfar panjang selepas menyedari betapa dangkalnya pemikiranku, betapa tidak wajarnya aku mentakwilkan kebahagian ummi, mama dan ibu hidup bersatu. Lantas ku atur langkah ke bilik air untuk berwudhuk. Aku mahu menemui Tuhanku, mengadu tentang rasa hatiku, memohon ampun akan keterlanjuranku, dan mendoakan kesejahteraan keluargaku ini berkekalan. Amin!
Aku perasan mata Abah yang menjeling ke arahku. Ummi, mama dan ibu berpura- pura membaca surat khabar beraneka jenis yang dilanggan setiap hari. Biasanya pagi- pagi begitu aku tidak melepaskan peluang menyertai mereka. Tapi hari ini aku ingin bersendiri. Selepas keluar untuk membersihkan diri, langkahku terus ku arah ke bilikku ini. Hari ini aku ingin meyiapkan novel pertamaku ‘ Adakah Sinar Sirna Akhirnya’, tarikh tutup peraduan menulis Sayembara puisi, cerpen, novel dan drama pentas anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka semakin dekat. Aku tidak mahu terlepas peluang untuk menyertainya. Aku tidaklah begitu berharap untuk menang, tetapi sekurang- kurangnya aku tidak mensia- siakan bakat menulisku ini. Sudah terlalu lama aku meninggalkan bidang sastera setelah terlibat dengan dunia ICT. Selama itulah hidupku hanya bersama komputer- komputer. Aku, pakar perisian sering menjadi rujukan juniour- juniour yang baru mula bertatih dalam bidang ini. Aku bangga kerana mampu menguasai bidang yang mempunyai masa depan yang cerah ini. Kepesatan kemodenan Malaysia yang dikecapi kini menghendaki rakyatnya celik komputer. Dunia tiada sempadan! Maklumat kini cuma di hujung jari, tekan je kekunci komputer yang mempunyai line internet, semua sudah terbentang di depan mata. Macam- macam ada! Seperti kat Astro tu.
Aku sudah terlalu dewasa, aku ingin sekali hidup berdikari tanpa bantuan Abah, ummi, mama dan ibu. Lalu ku suakan keinginanku itu pada Abah. Ummi, mama dan ibu cuma berdiam diri mendengar hujah Abah padaku. Aku tidak mahu bertingkah kata dengan Abah, tetapi aku perlu tegar dengan pendirianku itu. Keluar dari banglo Abah dan hidup di rumah yang akan aku beli sendiri. Aku yakin aku mampu. Aku sudah cukup kuat untuk hidup sendiri selepas episod kecewa cintaku dikhianati dulu. Aku bukan wanita bodoh yang cuma tahu menjual tangisan berjujuh- jujuh demi seorang lelaki munafik itu!
Ku keraskan hatiku di kala ummi, mama dan ibu berganti memujukku supaya merubah keputusan ku berpindah rumah. Mereka masih perlukan aku biarpun aku tidak memerlukan mereka lagi. Itu kata- kata mereka. Hatiku jadi kacau bilau. Bukan aku tidak memerlukan mereka lagi, cuma aku hanya ingin berdikari. Adakah hanya kerana aku seorang andartu maka aku perlu berkurung di situ hingga datang seorang pengiran yang sudi menjadikan aku permaisuri?
Dengan wajah sayu, ummi, mama, ibu dan adik- adikku merelakan pemergianku. Aku peluk Ahmad Idham seeratnya apabila adikku itu tergedik- gedik datang memaut kakiku. Ku bisikkan padanya, aku bukannya pergi tanpa kembali lagi. Tapi apalah yang dapat difahami kanak- kanak seusia lima tahun itu. Ahmad Irsyad pula datang menyalamiku, tanganku dikucup lama. Itulah adikku yang paling kuat mengusikku selama ini.
“ Maafkan Syad ye Kak Long” Aku merasa sebak. Dia lantas memelukku. Aku menangis di dada bidangnya. Aku tahu dia juga menangis tetapi air mata lelakinya tidak tumpah di pipi tetapi mengalir ke hati. Kemudian satu persatu adik- adikku datang menyalami dan memelukku, seolah- olah aku akan pergi jauh beribu- ribu batu melangkaui Laut China Selatan. Tiba giliran aku bertemu ummi, mama dan ibu. Aku memeluk mereka sekaligus. Erat sekali! Esakan aku lebih kuat sebenarnya dari mereka. Pipi aku lencun dihujani air mata. Ummi, mama dan ibu memohon maaf daripadaku, aku terlalu rasa bersalah pada mereka. Mana mungkin seorang ibu berdosa pada anaknya sendiri. Aku meyakinkan mereka, pergiku ini bukan kerana rajuk yang terjeruk tetapi memang aku cuma ingin berdikari. Akhir sekali aku mendekati Abah yang sedang berdiri di tepi kolam ikannya. Pura- pura sibuk menabur dedak kepada ikan- ikannya itu. Abah itulah idolaku selama ini dan akan terus menjadi idolaku sampai bila- bila. Aku memeluk Abah dari belakang seeratnya. Abah tidak mampu bergerak kerana aku memeluknya cukup kemas.
“ Abah, maafkan Aisyah. Aisyah pergi untuk teruskan perjuangan hidup ini. Bukan bermakna Aisyah tak sayangkan Abah, ummi, mama, ibu dan adik- adik, tetapi Aisyah mahu hidup berdikari”. Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongku ketika menuturkannya. Abah cuma diam.
“ Jaga diri, jaga iman Kak Long” ujar Abah ringkas sambil menghulurkan sepucuk warkah bersampul merah jambu, warna kesukaanku itu.
“ Aisyah baca nanti menjelang 31 Ogos 2007”. Pesan Abah. Aku cuma mengangguk walaupun kehairanan lalu berlalu pergi selepas menyalaminya.
Aku menguak jendela rumah papan yang ku beli itu. Rumah yang sederhana besar itu ada ciri- ciri tradisional. Ukiran khat menghiasi penghadang ruang tamu dengan ruang dapur. Unik sekali! Aku sudah bosan hidup dalam rumah batu. Terasa nyaman udara dari bendang padi menusuk ke hidungku walaupun ia sebenarnya bau lumpur. Aku bersyukur kerana rumah yang ku beli dari kenalanku ini terletak berhampiran masjid. Alunan ayat suci Al Quran sering menjadi halwa telingaku setiap kali hampir waktu solat. Malah kuliah, tazkirah dan ceramah yang disampaikan oleh imam dan ustaz- ustaz jemputan dapat didengar jelas dari rumahku ini. Kadang- kadang kesibukan aku sebagai tenaga pengajar di Cosmopoint Kota Bharu dalam bidang ICT menjadikan aku kelelahan sendiri, namun alunan ayat suci itulah yang menjadi penawar hatiku.
Sudah 3 bulan aku mendiami teratak ini, baru sekali aku pulang ke Kuala Lumpur menjenguk keluargaku. Terasa rindu sekali pada mereka semua. Rindu pada Abah yang rajin melayan omelanku, rindu pada masakan ummi yang enak, rindu pada mama yang penyayang, rindu pada harum ibu yang sentiasa menyelitkan bunga melor di sanggulnya. Keletah adik- adikku yang kadang- kadang membuatkan aku naik angin juga sangat kurindui. Dan kerana rindu itulah, aku bergegas mengemaskan pakaianku seadanya dan mencapai kunci kereta. Aku memandu laju menghala ke Kuala Lumpur!
Namun kereta yang kupandu terpaksa kubelokkan ke Institut Jantung Negara. Panggilan daripada ummi sebentar tadi mengatakan Abah terkena serangan jantung mengejut membuatkan air mata wanitaku membuak- buak keluar. Patutlah sehari dua ini aku terlalu rindukan Abah. Sesampainya aku di muka pintu bilik yang menempatkan Abah, ibu merangkulku erat. Kami bertangisan lama sebelum aku dibawa berjumpa abah. Keadaan Abah sangat menyedihkan aku. Wayar berselirat ditubuhnya. Aku menggengam tangan Abah penuh kasih. Rasa kesal menyerbu ke benakku kerana meninggalkan Abah. Kata Ummi, Abah tidak seceria dulu setelah aku berpindah. Tiba- tiba aku melihat kelopak mata Abah bergerak- gerak, terbuka sedikit demi sedikit, tetapi tiada langsung sinar di matanya. Abah merenung aku sayu. Lama kami bertatapan dan itulah kali terakhir renungannya pada aku.
Aku melakukannya demi ummi, mama dan ibu! Mereka bertiga memang memerlukan aku. Begitu juga adik- adikku. Lantas, aku kembali semula menghuni rumah Abah. Akulah yang bertindak sebagai ketua keluarga kini menggantikan tempat Abah. Aku perlu kental mengemudi keluargaku kini. Sejak Abah meninggal, aku tidak mahu lagi air mataku ini tumpah kerana aku takut air mataku nanti membuatkan ummi, mama dan ibu turut menangis. Sedayanya aku cuba membahagiakan mereka semua.
Setelah berbulan Abah pergi mengadap Ilahi, semangat ahli keluargaku semakin pulih. Malah hubungan ummi, mama dan ibu bertambah akrab. Mereka bagaikan berkongsi roh walaupun jasad berbeza. Ke mana- mana mesti bertiga. Malah tidur pun sebilik. Kadang- kadang aku cemburu juga dengan keakraban mereka itu. Suatu hari bagaikan dirancang- rancang, ummi, mama dan ibu mengelilingi aku yang sedang bersantai di depan tv. Tanpa dipinta- pinta ibu membelai rambutku. Mama dan ummi mengurut – ngurut tangan dan kakiku. Aku kehairanan tetapi membiarkan diri diperlakukan begitu. Seronok diri dibelai manja. Macam tuan puteri!
“ Aisyah...hmmm..hujung minggu ni aisyah sibuk tak? Mama, Ummi dan ibu cadang nak buat kenduri sikit, kenduri tahlil, sambil- sambil tu nak buat juga kenduri kesyukuran..” Mama berkata penuh hati- hati. Aku makin ragu dengan sikap emak- emakku itu.
“ Kenduri kesyukuran ma?” Mama, ummi dan ibu tersenyum- senyum memandangku.
“ Aaaa..ha’ah” jawab ibu gugup.
“ Untuk apa bu?” Aku tercengang. Kalau kenduri tahlil tu logik la jugak, tapi takkan nak buat kenduri kesyukuran meraikan pemergian arwah Abah pulak. Biar betul!
“ Begini Aisyah, ummi, mama dan ibu ni dah tua...jadi kami teringin la juga merasa ada lelaki dewasa dalam rumah ni.” Tutur ummi lembut. Aku terkejut. Aku tidak menyangka sama sekali yang ummi, mama dan ibu mahu mencari pengganti Abah secepat itu. Aku hampir menangis.
“ Sampai hati ummi, mama..ibu...tanah kubur arwah Abah masih lagi merah..tapi ummi, mama dan ibu sudah mahu cari pengganti.” Aku terasa sebak.
“ Aisyah ni dah 32 tahun hidup sendiri, ummi, mama dan ibu baru beberapa bulan kematian suami, tapi sudah teringin mencari pengganti Abah..” sambungku sayu. Air jernih mengalir deras dari empangan mataku. Aku menangis semahunya selepas berbulan pipiku ini tidak dibasahi air mata lagi.
Hahahahaha! Tiba- tiba ummi, mama dan ibu ketawa besar. Seperti lucu dengan kata- kataku tadi. Aku geram. Punyalah aku membazirkan air mata ini tapi mereka sedap- sedap je gelakkan aku.
“ Aisyah ni ke situ pulak, bukan kami yang nak cari pengganti, tapi kamu tu yang kami nak carikan suami..kena kawin..” Lancar aje ummi berkata- kata.
“ Hah, kawin? Eeeee..tak main la kawin- kawin ni mi, ma, bu...” pintasku juga laju. Geli terasa tekakku ini mendengar perkataan kahwin itu.
“ La..sape suruh kamu kawin main- main, betul- betul la Aisyah..ni ha hujung minggu ni ada orang nak masuk minang”. Mama ketawa melihat aksi spontanku seperti kegelian melihat anak tikus yang masih merah.
Jumaat, 31 Ogos 2007, hari ini genaplah 50 tahun negaraku Malaysia ini mengecap kemerdekaan dan di hari bersejarah ini jugalah aku memerdekakan diriku daripada gelaran andartu. Kali ini sekali lagi aku melakukannya demi ummi, mama, dan ibu. Dan pastinya untuk diriku juga! Hari ini aku merelakan diriku menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki. Tapi bukan isteri kepada lelaki yang meminangku semasa keluargaku mengadakan kenduri tahlil dulu. Selepas kenduri itu, aku bergegas pulang ke rumahku di Kelantan dengan satu hajat yang cukup besar. Imam masjid berhampiran rumahku itu aku temui. Rasa berdebar menguasaiku di saat itu. Namun keyakinan hatiku mengatasi segalanya.
“ Sudikah Tok Imam mengambil saya sebagai menantu tok? Menjadi Isteri untuk Ustaz Ahmad Najili?” Imam Ahmadi tergamam.
Dengan keberanian aku itulah aku kini menjadi isteri kepada lelaki yang sering berkupiah putih itu. Keberanian yang dianggap menongkah adat. Aku diibaratkan perigi mencari timba! Namun bagiku aku mengikut sunnah Siti Khadijah. Dengan petunjuk daripada Allah, aku meminang seorang lelaki yang aku yakini mampu membimbing aku ke syurgaNya. Lelaki itulah yang mengalunkan ayat suci Al Quran saban waktu solat, yang berjaya menenangkan resah hatiku dan kini membahagiakan diriku. Aku merafakkan rasa syukurku padaNya. Di malam pertama itu, di saat Ahmad Najili mengucup lembut ubun- ubunku, tiba- tiba aku teringatkan sepucuk warkah bersampul merah jambu. Aku bingkas bangun, bergegas membuka almari pakaian tempat aku menyimpan surat itu. Dengan hati yang berdebar- debar aku membukanya.
“Assalamu’laikum wahai puteriku..Semoga Aisyah, ummi, mama, ibu dan anak- anak Abah yang lain sihat sejahtera. Abah pasti Aisyah kini sudah menjadi seorang isteri di saat surat Abah ini dibaca, kerana itulah doa Abah setiap kali usai solat. Mungkin Aisyah hairan kenapa Abah meminta Aisyah membaca surat ini pada tanggal 31 Ogos 2007, kan?
Abah tahu, Aisyah tertanya- tanya kenapa Abah beristeri tiga sedangkan ummi Aisyah sudah lebih daripada cukup. Selain daripada Qadak dan Qadar tuhan yang telah tersurat untuk Abah, ummi, mama dan ibu..kami punya sebab tesendiri..Abah kahwin dengan ummi pada 31 ogos 33 tahun lalu kerana amanah arwah Atuk Aisyah. Kami bercinta selepas kahwin, tapi kami memang cukup bahagia. Selepas melahirkan Aisyah dan Atiqah, ummi Aisyah disahkan mengidap barah rahim, kantung yang pernah Aisyah dan Atiqah duduki selama sembilan bulan lebih itu terpaksa dibuang. Ummi seorang wanita yang cukup kental menerima berita sedih itu, tetapi dia mahukan zuriat yang ramai menghiasi rumah kita. Dan kerana itulah Abah punya mama dan ibu.
Aisyah, Abah takut sebenarnya untuk hidup berpoligami. Surah An- Nisa’ ayat 3 sudah menerangkan segalanya.”Kahwinilah wanita- wanita yang kamu senangi, satu, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak mampu berlaku adil, maka kahwinlah satu sahaja”. Namun ummi meyakinkan Abah bahawa Abah mampu jadi suami yang adil pada banyak isteri. Dia juga redha berkongsi kasih kerana katanya Abah milik Allah, bukan miliknya.
Abah bertemu dengan mama dan ibu serentak di PERKIM. Abah dijemput berceramah di situ saban minggu. Mama dan ibu anak yatim piatu. Walaupun mereka tidak sebangsa dengan kita, tetapi keluhuran mereka memeluk Islam jelas terpancar dari tutur kata dan tingkah laku mereka. Ummi yang meminang mereka untuk Abah. Suatu tindakan yang jarang mahu dilakukan oleh seorang isteri lain. Memang keluarga ummi menentang dan menuduh Abah mengkhianati ummi. Namun ummi Aisyah begitu tekad dengan tindakannya.Ummi Aisyah ikhlas mencarikan Abah isteri lain. Air mata lelaki Abah sering gugur apabila mengenangkan keluhuran hati ummi Aisyah yang tidak mungkin dapat Abah balas sepanjang hayat Abah.
Aisyah....bertahun kami hidup bersama, memang adakalanya ada antara mereka yang terasa hati. Tetapi Alhamdulillah, ilmu agama yang Abah terapkan dalam diri mereka mampu membentengi diri dari menurut kata nafsu. Adakalanya juga badai melanda kami apabila ada campur tangan orang luar. Namun kami berempat tetap bersepakat tidak akan membenarkan kebahagiaan kami dinodai oleh orang lain kecuali atas kehendak Ilahi. Kami hidup dengan penuh kasih sayang. Abah terima isteri- isteri Abah seadanya mereka, dan begitu juga sebaliknya. Kami redha dengan bahagian yang ditetapkan Allah pada kami.
Aisyah tau, sekurang- kurangnya Abah mengurangkan jumlah wanita lanjut usia yang belum berkahwin, kan? Hehehe, Aisyah janganla marah, Abah cuma bergurau. Sekarang ini, Abah telah melaksanakan sunnah Rasulullah dengan mengamalkan poligami, dan Abah tidak mahu hanya amalan itu yang Abah ikut. Sokongan dari ummi, mama dan ibu Aisyahlah menjadikan Abah seperti yang Aisyah kenali.
Satu lagi, dengan poligami ini, sekurang- kurangnya Abah menyahut seruan Perdana Menteri sejak Tunku Abdul Rahman hinggalah kepada Pak Lah ini supaya hidup bersatu padu antara kaum, tengok dalam keluarga kita ada yang mata sepet, ada yang mata luas, ada yang hidung mancung, ada yang hidung kemek ( termasuk Aisyah la tu, hehe). Ada yang kulitnya sawo matang, ada yang putih melepak dan tidak kurang yang agak gelap..Kita hidup majmuk seperti di negara Malaysia juga. Macam- macam ada. Tapi yang pastinya anak- anak Abah semuanya cantik dan tampan belaka. Abah bersyukur memiliki kamu semua, dan Abah sangat bersyukur kerana Allah memberikan ruang untuk kita hidup bahagia.
Aisyah, Abah dah tak sempat menulis panjang- panjang, sebab Aisyah sendiri yang tergesa- gesa dan kelihatan tidak sabar mahu meninggalkan Abah, ummi, mama dan ibu. Mungkin kerana merajuk kerana kami berempat tidak menjawab soalan yang Aisyah utarakan, kenapa kami mengamalkan perkahwinan poligami.Ok..sekali lagi Abah tegaskan.. “ Itu untungnya kalau kita hidup berpandukan Al- Quran dan As Sunnah.”
Salam sayang daripada Abah. Jaga diri Jaga Iman. Kirim salam pada ummi, mama, ibu, adik- adik dan menantu baru abah, suamimu!
Aku melipat semula warkah yang sudah basah disirami air mataku itu. Arwah Abah masih sempat berlucu di penghujung suratnya walaupun tatkala dia menulis surat itu, dia sedang menahan rasa sedih kerana kedegilanku untuk berpindah. Wajah arwah Abah terbayang di ruang mata. Aku cukup bangga kerana punya Abah sebaik dia. Wajah ummi, mama dan ibu menerjah ruang ingatanku. Aku merasa cukup beruntung punya mereka sebagai emakku.Tanpa segan silu, aku mengucup dahi dan tangan suamiku tiba- tiba.
“ Terima kasih abang kerana sudi menerima pinangan Aisyah untuk menjadi suami..dan Aisyah merelakan jika abang ingin berkahwin lagi.”
Ahmad Najili ternyata terkejut dan terpinga- pinga dengan kata- kataku. Ku peluk suamiku mesra membiarkan dia tertanya- tanya. Episod bulan maduku pun bermula di situ
Thursday, August 27, 2009
RiNDu PaDa MaK n AYaH
( Ni foto ayah n mak yg ateh lukis dulu..masa kat UTM )
Rindunye pada mak n ayah di kampung..walaupun Ganu n Kelate ni dekat je..tapi Ateh tak pernah drive sorang..mst nak tunggu abg gak..tu yg payah nak balik kg..harapnya mak n ayah semakin sihat..n dapat sambut raya nnt dalam keadaan 'afiat..
dengar cite adik n kakak demam..seminggu lebih tak g skolah...kakak nak kurus kot...hehehehe
ZuRiaT..
Bercakap tentang zuriat ni..Ateh pasti setiap yang berkahwin inginkan zuriat sendiri..Cuma ia bergantung kepada rezeki dari Allah SWT, kalau Allah bagi cepat..cepatlah..kalau lambat..lambatlah..malah ada yang tidak berpeluang langsung untuk bergelar ibu atau ayah kerana sebab2 kesihatan..semua orang ada bahagian masing2..yang pasti setiap bahagian itu memerlukan kesabaran yang tidak sedikit..
Kalau dikurniakan zuriat, kita kena bersabar melayan karenah mereka..kalau tak dapat zuriat pun kita kena bersabar dengan mehnah itu..walaupun mungkin sakit telinga, sakit ati dengar suara2 sumbang yg mungkin mempertikaikan kemampuan kita sbg WANITA dan LELAKI SEJATI..
Hmmm..Ateh tahu di luar sana ramai kawan2 yang tertanya2 adakah Ateh sudah berbadan dua atau belum..almaklumlah dah hampir 2 tahun kawin..setakat ini Ateh tak mahu mengiyakan atau menidakkan..biar masa yang menentukan..mungkin penghujung tahun ini Ateh akan bagi jawapan yang pasti..InsyaAllah..
Apabila tengok kawan2 sudah bergelar IBU, rasa sayu juga di hati ini...seronoknya meka..bahagia kan? pun begitu cepat2 rasa cemburu ditepis..sbb Ateh kira bernasib baik juga sbb tak sempat jadi andartu..ramai lagi di luar sana kakak2 yg belum bertemu jodoh kan..? kita kena bersyukur dengan rezeki dan setiap apa yang kita ada..jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih drpd kita...tapi cuba empati dengan nasib insan2 yang kurang drpd kita..sbb kita ni manusia biasa yang tak pernah puas dengan apa yang kita miliki..
Duduk berjauhan dari suami tercinta mungkin menjadi penyebab utama Ateh lambat 'termengandung'..bukan senang nak plan 'jumpa' masa waktu subur..time abang cuti Ateh lak tak..gitulah sebaliknya..skang ni kira ok sket sbb Ateh dah menyewa sorang2..so senang kalo abang nak datang time dia cuti...
Bercakap soal SAKIT PUAN pula...hmmm..isu yang agak sensitif..when I was 17th years old...Ateh pernah sakit puan ni..so itu yang merisaukan bila berkahwin..sering berputar2 dalam kepala ni.." Mampu ke aku jadi ibu?"..tapi..Ateh percaya kepada Qada' dan Qadar Allah..abang pun paham..Alhamdulillah..dan akhirnya..??? Baru- baru ini Ateh menerima berita sedih drpd seorang sahabat akrab Ateh..dia disahkan menghidapai barah rahim..Astaghfirullah..berita itu memang menakutkan bagi setiap wanita..Ateh berdoa agar dia sembuh dan berpeluang menjadi ibu..
So kawan- kawan..Ateh harap soalan pasal anak ni tidak diajukan pada Ateh dalam masa terdekat ini..pleaseee...bila tiba masanya Ateh sendiri yang akan war- war kannya...hmmm tunggguuuu...wassalam..
Tuesday, August 25, 2009
PuiSi KeMeRDeKaaN
Sempena bulan kemerdekaan ni Ateh nak kongsi satu puisi yang ateh cipta khas untuk mantan- mantan PM Malaysia..jom baca..
WAJAH- WAJAH PERWIRAKU
( i )
Tika kutatap wajah di cermin
Terbias bayang wajahnya
Tersenyum...
Wajah seorang bapa
Berselirat seribu cerita
Berbaur suka bergurat duka
Jerih perih meraih merdeka!
( ii )
Tika kulintasi almari kaca
Terpantul bayang wajahnya
Tersenyum juga..
Wajah seorang ayah
Menyimpan sejuta wadah
Tidak pernah goyah pada payah..
Menuai batu- bata di tanah- tanah yang masih mentah..
Tidak sesekali gusar pada sukar..
Memacak ceracak- ceracak besi di dada belukar
Tidak sia- sia keringat diperah...
Tersergam pembangunan menadi ruang- ruang lembah !
( iii )
Tika kucedok air di perigi,
Berbalam- balam wajahnya menjelma
Menyungging senyum mesra
Wajah seorang walid
Yang tidak kenal erti perit...yang tidak tahu makna sakit
Bergalang jiwanya menyatu etnik
Kerna di hati terpalit sejuta serik..
Menanggung pilu pada tangisan perpaduan..
Yang pernah tercarik.
( iv )
Tika mataku menyoroti indah rembulan,
Terbayang raut wajahnya
Mengukir senyum bangga
Wajah seorang papa
Laut fikir merentas masa..tajam akal menembus benua
Dia tidak mahu merangkak tetapi berjalan
Dia enggan berlari tetapi terbang
Dunia tiada lagi sempadan
Kunci kemodenan di hujung jari
Tidak terjangkau dek hati yang mati
Tak kan tersilau dek mata yang buta
Melihat wawasan dia....
Memintas pantas waktu yang bergegas!
( v )
Tika kutekan punat- punat di remote tv..
Tika jemariku menari di keyboard pc..
Hadir wajahnya penuh seri
Bertaut di mata terpaut di hati
Wajah seorang abi
Yang datang bersama Islam Hadhari
Senyuman sesejuk salju membilas bahang
Bagi jiwa yang meradang..pada roh yang ketandusan..buat jasad yang kering kontang
Imannya bersinar tidak pernah sirna
Menyimbah penawar di hati luka sengsara
Dia enggan berdiri ..Andai anak- anaknya rebah ...
Di pangkuan kemajuan.
Dia mahu berdiri... Melihat anak- anak Modal Insan nya tegak gagah...
Meredah belantara dunia yang berduri tajam!
( vi )
Kini tatkala aku sudah dewasa...
Wajah- wajah perwiraku menghiasi setiap detak nafas ..
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan..Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan,
Tun Hussein Onn Bapa Perpaduan..Tun Dr Mahahtir Bapa Kemodenan,
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi...
Kerna mereka aku di sini,
Menari di bawah payung kebijaksanaan... berenang di laut keunggulan
Keranamu Malaysia...Cemerlang Gemilang Terbilang..
( bahagian dato' najib tak sempat agi nak buat..tak dan masa la..hehehhehe_
WAJAH- WAJAH PERWIRAKU
( i )
Tika kutatap wajah di cermin
Terbias bayang wajahnya
Tersenyum...
Wajah seorang bapa
Berselirat seribu cerita
Berbaur suka bergurat duka
Jerih perih meraih merdeka!
( ii )
Tika kulintasi almari kaca
Terpantul bayang wajahnya
Tersenyum juga..
Wajah seorang ayah
Menyimpan sejuta wadah
Tidak pernah goyah pada payah..
Menuai batu- bata di tanah- tanah yang masih mentah..
Tidak sesekali gusar pada sukar..
Memacak ceracak- ceracak besi di dada belukar
Tidak sia- sia keringat diperah...
Tersergam pembangunan menadi ruang- ruang lembah !
( iii )
Tika kucedok air di perigi,
Berbalam- balam wajahnya menjelma
Menyungging senyum mesra
Wajah seorang walid
Yang tidak kenal erti perit...yang tidak tahu makna sakit
Bergalang jiwanya menyatu etnik
Kerna di hati terpalit sejuta serik..
Menanggung pilu pada tangisan perpaduan..
Yang pernah tercarik.
( iv )
Tika mataku menyoroti indah rembulan,
Terbayang raut wajahnya
Mengukir senyum bangga
Wajah seorang papa
Laut fikir merentas masa..tajam akal menembus benua
Dia tidak mahu merangkak tetapi berjalan
Dia enggan berlari tetapi terbang
Dunia tiada lagi sempadan
Kunci kemodenan di hujung jari
Tidak terjangkau dek hati yang mati
Tak kan tersilau dek mata yang buta
Melihat wawasan dia....
Memintas pantas waktu yang bergegas!
( v )
Tika kutekan punat- punat di remote tv..
Tika jemariku menari di keyboard pc..
Hadir wajahnya penuh seri
Bertaut di mata terpaut di hati
Wajah seorang abi
Yang datang bersama Islam Hadhari
Senyuman sesejuk salju membilas bahang
Bagi jiwa yang meradang..pada roh yang ketandusan..buat jasad yang kering kontang
Imannya bersinar tidak pernah sirna
Menyimbah penawar di hati luka sengsara
Dia enggan berdiri ..Andai anak- anaknya rebah ...
Di pangkuan kemajuan.
Dia mahu berdiri... Melihat anak- anak Modal Insan nya tegak gagah...
Meredah belantara dunia yang berduri tajam!
( vi )
Kini tatkala aku sudah dewasa...
Wajah- wajah perwiraku menghiasi setiap detak nafas ..
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan..Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan,
Tun Hussein Onn Bapa Perpaduan..Tun Dr Mahahtir Bapa Kemodenan,
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi...
Kerna mereka aku di sini,
Menari di bawah payung kebijaksanaan... berenang di laut keunggulan
Keranamu Malaysia...Cemerlang Gemilang Terbilang..
( bahagian dato' najib tak sempat agi nak buat..tak dan masa la..hehehhehe_
SeDiH Nyaaa...
Hari ini dimulakan dengan kesedihan...entah knapa rasa sayu sangat hati ini...nak kerja pun tak semangat..badan letih..mata ngantuk...minda pon terasa kosong...
Monday, August 24, 2009
Puasa..
Ermmm..puasa kali ni menyeronokkan sangat..apa taknya..selama dua tahun kawin, ni la kali pertama dapat berpuasa bersama hubby dalam waktu yang agak lama...kebetulan cuti skolah..so abang datang umah sewa Ateh la..masak sama- sama..bukak puasa sama- sama..sahur pun sama- sama...
Mencuba lagi
Testing..testing...penat la dok nagadap PC..nak edit blog nih..tak menjadi..
mana ada masa kalo gini
mana ada masa kalo gini
Subscribe to:
Posts (Atom)