Wednesday, February 24, 2010

baby crying contest..

 

ermmm rasa berminat lak nak join contest anjuran Kakpah ni..almaklum Azfar kan kuat nangis..

Syarat peraduan:
1. Jadi follower Auladjannah-done

2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.-done

3. Letakkan link kakpah di blog anda.-done

4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil.-done

DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS-done

(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)-done

5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.-done

6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.-done

7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.

Hadiah utama

RM 50.00
5 hadiah saguhati

top up RM10.00 setiap satu

Pengenalan :

 

Nama anak : Ahmad Azfar Bin Azhar
Tarikh Lahir : 3 Disember 2009
Umur : 2 bulan lebih( dah nak masuk 3 bulan)
Tempat lahir : Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu
Berat semasa lahir: 3.8 kg
Berat semasa 2 bulan : 6.1 kg
Berat sekarang belum timbang lagi..
Anak sulung
Azfar ni sejak dari lahir lagi kuat nangis..banyak tempat dah g berubat..n Alhamdulillah skang ni dah tak kuat sangat dah, cuma kalo tinggal lama sket atau lambat bagi susu dia nangis la..hehehe

Ni gambar Azfar sdg nangis.Gambar pertama n kedua diambil masa dalam pantang lagi, masa umur Azfar sebulan lebih..gambar ketiga masa umur dia dua bulan..  




Dan ini lak gambar Azfar sedang senyum..gambar pertama masa umur Azfar sebulan lebih, gambar kedua masa dua bulan n gambar ketiga paling terbaru diambil pada 23 Februari 2009..

 

Tuesday, February 23, 2010

DuNia MisTiK...PeRCaYa ATaU TiDaK???

First..nak tukar panggilan la...dari aku kepada Ateh..lebih manis gitu..ahaks..

Untuk N3 kali ni Ateh nak bincang pasal DUNIA MISTIK...ermmm..tak tau nak percaya ke idak..tapi kalo tak percaya kang susah gak.. mmg wujud alam haib nih..sejak sekolah rendah lagi Ateh dah menyaksikan peristiwa2 misteri yg berlaku dlm famili Ateh...bila masuk UTM pon ada benda mistik berlaku pada diri Ateh sdiri..mmm..


 
Ayah Ateh ni ada gak tau sket2 pasal alam ghaib nih..dah keturunan dia macam tuh..tp heran ayah tak leh ubatkan anak2 cucu2 sdiri, kalo org lain dgn izin Allah leh lak...hehehehe..








       15 Feb lepas, untuk kesekian kalinya Ateh bawa putera tercinta Azfar pergi berubat lagi, kali ni mak n ayah ateh yg bersungguh takut ada apa2 kat cucu ketiga diorang ni..Ateh n suami ikut je la..kami kan takde pengalaman lagi..

Mmm..nak tau apa jadi??? Susahnya nak cerita takut kawan2 tak percaya..tp kalo tgk pada gaya puteraku Azfar ada gak kebenarannya...

Puteraku Azfar mewarisi keturunan bangsawan daripada belah ayahku, keturunan Puteri Sa'adong..selama ni dia nangis kuat untuk maklumkan pada Abi n Umminya  bahawasanya dia adalah keturunan itu..adussss..Ateh rasa macam tak leh terima sangat benda gini..kebetulan pula nama yg Ateh n abg pilih ni- Azfar bermaksud Yang Menang..mmm so sejak lahir lagi kira memang puteraku ini menang sokmo la..dialah johan segalanya..org lain kena ikut pe el dia..issyhhh ni ummi tak berkenan nih..Ummi nak anak ummi tawadhuk, rendah diri, berjurus n segala2 yg baik la..

      Kata pengamal perubatan tersebut, kalo wat majlis apa2 utk Azfar n buat pulut kuning kena asingkan bahagian dia..org lain tak leh jamah ...isyhhh3...pastu kalo nak bersunat nanti kena pakai baju ke kain ke yg ada bunga kuning2 sket..jangan buat lebih2 lak takut syirik..sekadar sbg tanda si Azfar mewarisi keturunan bangsawan..
perghhhh...fenin la ummi n abi camni gak..kalo boleh Ummi n abi nak anak ummi jadi orang biasa2 jer..takde kelebihan pelik2..Ummi tak nak la Azfar jadi macam Achik Su n Mak Muda dia yg leh nampak benda2 ghaib..tak nak la nampak alam bunian ke apa..Ummi takut n risau nih..
Ummi nak anak Ummi ni membesar dengan sihat, bijaksana, pintar, cerdas n cergas..berilmu..beriman..jadi seorang tahfiz...mmm..bila besar2 leh jadi pemimpin yg unggul ..jangan jadi pemimpin yg zalim...
Rasa kelakar pon ada bila dibagitau InsyaAllah puteraku Azfar boleh jadi ketua atau bos suatu hari nanti..hikhikhik..ala jadi ketua untuk famili dia la tu..mmm apa pendapat kawan-kawan???Ateh risau bangattt...